• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Berada Di Tempat, Masa Yang Salah” – Adhif Syan

oleh
13/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUCHONG – “Saya berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah sambil menafikan sama sekali dakwaan beliau ditahan polis selepas didapati positif dadah.

Menurut Adhif, beliau hadir ke kondominium itu hanya untuk menghadiri sesi perbincangan sahaja dan tidak melakukan sebarang kesalahan mengikut undang-undang.

“Saya tidak boleh memberikan sebarang komen terhadap isu ini kerana ia sedang disiasat malah dinasihati tidak berbuat demikian.

“Namun saya boleh katakan, saya berada di tempat yang salah pada masa yang salah, …malah saya tegaskan bahawa saya berada di pihak yang benar,” katanya ketika ditemui wartawan NSTP, di rumahnya sebentar tadi.

Ditanya adakah isu itu dirancang pihak tertentu, Adhif berkata, ia tidak mustahil.

“Saya musykil bagaimana laporan itu boleh disebarkan kerana itu hanyalah laporan awal sahaja. Saya juga tidak tahu adakah ada pihak lain yang cuba memainkan isu ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Adhif menjelaskan beliau langsung tidak tertekan kerana tahu diri dan rakan-rakannya berada di pihak yang benar.

“Selepas membantu siasatan, saya kembali ke rumah dan tidur seperti biasa dan hanya mengetahui kekecohan di laman sosial apabila bangun pagi tadi.

“Ketika ini pun saya tidak tertekan dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan dan akan seperti biasa meneruskan kerja dan tanggungjawab kepada rakyat sebagai ADUN,” katanya yang mengakui menerima banyak panggilan telefon daripada pelbagai pihak.

Ditanya kekeliruan beliau direman di lokap polis, Adhif menafikan perkara itu sebaliknya menjelaskan bahawa beliau tidak ditahan dan berada di rumah.

“Apa yang diterima oleh ramai hanyalah laporan awal tetapi ia tidak seperti yang digambarkan. Saya bekerjasama dengan baik dengan pihak polis malah pulang lambat semalam kerana membantu siasatan rakan-rakan,” katanya. – BH Online

Tags: Adhif Syan AbdullahADUN DengkilBERSATUdadahditahan polis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

BERSATU Parti Masa Depan, Akan Terus Perjuang ‘Politics Of Hope’ – Azmin

BERSATU Parti Masa Depan, Akan Terus Perjuang ‘Politics Of Hope’ – Azmin

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan parti itu adalah parti...

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd