• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saintis Australia Berjaya Tiru Koronavirus

oleh
29/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Saintis di Australia dilaporkan berjaya meniru koronavirus dan menganggap ia sebagai pengubah permainan (game changer) bagi menentang wabak tersebut.

Institut Doherty di Melbourne hari ini mengumumkan pihaknya telah membangunkan novel koronavirus dalam kultur sel daripada sampel pesakit.

Kemajuan itu juga merupakan kali pertama wabak tersebut ditiru di luar China.

“Memiliki virus sebenar bermakna kita kini mempunyai keupayaan untuk benar-benar mengesahkan semua kaedah ujian dan membandingkan sensitiviti serta spesifikasinya.

“Ia akan menjadi pengubah permainan untuk diagnosis,” kata ketua makmal pengenalan virus, Julian Druce.

Tindakan pantas China menyusun genom koronavirus dan menjadikannya umum membolehkan saintis di seluruh dunia untuk membangunkan alat diagnostik.

Timbalan Pengarah Institut Doherty, Mike Catton berkata, penemuan baharu itu bermakna saintis kini boleh membuat ujian antibodi yang akan membolehkan koronavirus dikesan pada pesakit yang tidak menunjukkan gejala.

“Ujian antibodi akan membolehkan kita menguji semula pesakit yang disyaki secara retrospektif supaya kita dapat mengumpul gambaran lebih tepat tentang bagaimana virus itu tersebar dan akibatnya. Antara lain termasuk kadar kematian sebenar.

“Ia juga akan membantu menilai keberkesanan vaksin percubaan,” katanya.

Kerajaan, universiti dan syarikat perubatan di seluruh dunia kini berlumba-lumba untuk membangunkan vaksin terhadap koronavirus, proses yang boleh mengambil masa selama beberapa bulan. – Agensi

Tags: AustraliaChinakoronaviruswabak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd