• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Pelarian Rohingya Dijangka Dibawa Masuk Sindiket

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Polis tidak menolak kemungkinan terdapat kemasukan lebih ramai pelarian etnik Rohingya ke negara ini berikutan adanya sindiket penyeludupan migran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya menyedari perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap sindiket yang tidak bertanggungjawab termasuklah tindakan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom).

“Kita sentiasa sedar bahawa ada kemungkinan lebih ramai akan masuk sebab itu kawalan dari Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diperketat.

“Fokus kawalan keselamatan di perairan negara tertumpu di kawasan Selat Melaka dan bahagian utara tanah air,” katanya selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan (Polis Bantuan) Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) di pekarangan Kompleks Bunga Raya di sini hari ini.

Menurutnya, polis juga sedang mengesan sindiket penyeludupan migran yang aktif membawa masuk pelarian Rohingya.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan PPM berjaya menyelamatkan 65 pelarian etnik Rohingya dalam keadaan kebuluran dan kelaparan selepas bot dinaiki mereka hanyut selama 20 hari ketika cuba diseludup masuk ke negara ini.

Sindiket terbabit dipercayai menyeludup etnik Rohingya itu dari Kem Kutupalong, Chittagong, Bangladesh dengan bayaran antara RM1,300 dan RM1,800 seorang.

Komander PPM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati tiga lelaki Bangladesh yang mendalangi kegiatan penyeludupan itu meninggalkan bot di perairan antarabangsa selepas mengalami kerosakan. – Sinar Harian

Tags: Pelarian Rohingyasindiket penyeludupan migran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zainul Rijal Setuju Cadangan Penempatan Khas Pelarian Rohingya, UNHCR Tanggung Kos

Zainul Rijal Setuju Cadangan Penempatan Khas Pelarian Rohingya, UNHCR Tanggung Kos

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar bersetuju cadangan mewujudkan...

Dulu Pertahan Pelarian Rohingya, Sekarang Salah Najib Dan PAS

Dulu Pertahan Pelarian Rohingya, Sekarang Salah Najib Dan PAS

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin PAS membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya mengenai isu pelarian Rohingya dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd