• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PSS Tiada Dalam Manifesto WARISAN – UMNO

oleh
08/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMBAKUT – Manifesto Parti Warisan Sabah (WARISAN) tidak menyebut isu berkaitan Pas Sementara Sabah (PSS).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata penelitiannya terhadap 13 perkara manifesto parti itu langsung tidak menyebut soal PSS.

“Ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), mereka main ‘tapuk-tapuk’ (sembunyi). Daripada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ke Datuk Darell Leiking dan kepada Datuk Karim, tiada seorang pun daripada mereka bercakap mengenainya,” katanya ketika berkempen di Kampung Bawan Membakut, di sini, malam tadi.

Abdul Rahman menyifatkan WARISAN melakukan pembohongan kepada pengundi pada PRU-14 kerana tidak menyebut mengenai isu yang dianggap sebagai ancaman kepada Sabah dari segi keselamatan, ketersediaan pekerjaan dan peluang pendidikan.

Walaupun memanggil wakil parti pembangkang tempatan untuk berbincang mengenai pelaksanaan PSS, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, tiada sesiapa dalam kalangan pembangkang berupaya menghentikan pelaksanaannya.

Katanya, kerajaan sepatutnya membincangkan isu itu sebelum mengumumkan PSS akan dilaksanakan pada 1 Jun ini.

“Mereka tidak mendengar kerana mereka adalah kerajaan. Satu-satunya cara ialah bagi rakyat Kimanis memberi ‘tamparan politik’ melalui PRK ini.

“Jika tidak, ini bermakna satu undi untuk calon WARISAN (Datuk Karim Bujang) adalah satu undi untuk PSS,” katanya.

Abdul Rahman berkata, PSS adalah masa depan yang suram bagi Sabah kerana pelaksanaan itu ibarat membentang permaidani merah untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) tinggal selesa di Sabah dan menggunakan bekalan air serta elektrik secara haram, selain ‘merompak’ barang bersubsidi daripada rakyat yang layak. – BH Online

Tags: pakatan harapanpas sementara sabahPRK Kimaniswarisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd