• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 4 Remaja Buli Pelajar Sekolah Agama

oleh
10/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Gara-gara membuli dan memeras ugut sebanyak RM5 terhadap seorang pelajar sekolah agama, 4 remaja berumur antara 13 hingga 15 tahun direman 2 hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Ganti Jimmy berkata perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Izuddin Mohd Shukri selepas pihaknya berjaya menahan semua suspek petang semalam.

“Kejadian itu dikatakan berlaku pada 21 November tahun lepas namun selepas video berkenaan tular semalam, ahli keluarga mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 1.30 tengah hari.

“Hasil tindakan pantas, pihak kami berjaya menahan keempat-empat suspek di sekitar jajahan ini antara pukul 2 petang hingga 5 petang semalam,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 384 dan 323 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Semalam, tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp berkaitan sebuah video seorang remaja meminta wang daripada seorang pelajar sebelum mangsa memberinya wang sebanyak RM5.

Namun, kerana wang yang diberikan tidak mencukupi, remaja itu kemudiannya bertindak agresif dengan menyepak mangsa sebelum pelajar itu dihalau pulang ke rumah.

Tags: kes bulipelajar sekolah agamapolis kelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Tingkatan Tiga Ditikam Lebih 10 Kali Di Sekolah Menengah Di Banting

Pelajar Tingkatan Tiga Ditikam Lebih 10 Kali Di Sekolah Menengah Di Banting

06/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BANTING – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera selepas dipercayai ditikam lebih 10 kali oleh seorang lagi pelajar...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd