• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penularan Wabak Koronavirus Jejas Kempen Melawat Malaysia

oleh
24/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penularan wabak koronavirus dan halangan perjalanan oleh kerajaan China ke atas Wuhan dan 7 bandar raya lain di negara itu, dijangka menjejaskan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Kenanga dalam nota kajiannya hari ini berkata, kebimbangan ketika ini ialah virus itu boleh tersebar luas dan pantas susulan aktiviti perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina, seperti yang terjadi semasa sindrom penafasan akut teruk (SARS) pada 2003, yang menjejaskan ketibaan pelancong dari China dan tempat lain.

“Ini akan menjejaskan ekonomi sekurang-kurangnya pada separuh pertama 2020.

“Seperti penularan wabak virus SARS pada 2003, kami menjangkakan kerajaan Malaysia akan mengambil langkah monetari dan fiskal awal bagi menyokong sektor pelancongan serta sektor pengangkutan dan runcit memandangkan impaknya akan mencetuskan risiko defisit fiskal dan nisbah hutang lebih tinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Menurut Kenanga jika epidemik itu tidak serius atau jumlah kematian tidak meningkat pada kadar yang membimbangkan, firma penyelidikan itu mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada 4.3% tahun ini berbanding unjuran rasmi 2020 pada 4.8%.

“Berdasarkan tahap penularan virus itu, terutama ketika aktiviti perjalanan memuncak sempena cuti Tahun Baru Cina, kami melihat tahap kebimbangan meningkat dalam kalangan pengguna yang berpotensi memberi kesan limpahan kepada ekonomi,” katanya.

Setakat hari ini, virus itu tersebar ke 9 negara, termasuk Thailand, Jepun, Korea, Hong Kong, Taiwan, Macau, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat, dengan 18 kematian.

Pada 2003, wabak SARS menyusupi ekonomi negara dengan kesannya dirasai pada lewat Mac sehingga akhir Mei, sebelum kembali reda.

Firma penyelidikan itu berkata, ekonomi berkembang pada kadar perlahan, mencatat paras terendah dalam tempoh 6 suku, terutama disebabkan oleh sektor perkhidmatan, dengan kejatuhan ketara dagangan borong dan runcit, selain subsektor restoran dan hotel.

“Aktiviti pelancongan juga suram, dengan ketibaan pelancong merosot 2 suku berturut-turut dan kekal rendah sehingga 2005,” katanya.

Tags: Chinakoronavirustahun melawat malaysia 2020wabak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tahun Ke-2 Kaum Cina Bimbang, Gelisah Keadaan Ekonomi

Next Post

Perintah Gaji Minimum Berkuat Kuasa 1 Februari

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

Perintah Gaji Minimum Berkuat Kuasa 1 Februari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd