• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Dilarang Pegang Jawatan Parti Politik

oleh
03/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Penjawat awam di negara ini tidak dibenarkan untuk memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Beliau berkata, dasar ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan supaya penjawat awam tidak terlibat atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

“Dalam mesyuarat bersama jemaah menteri pada 1 November lepas, kita sudah putuskan larangan penjawat awam terlibat dalam politik, bagi menghormati hak asasi manusia, penjawat awam boleh terlibat dalam parti politik tetapi bagi menjamin (mereka) kekal neutral, penjawat awam tidak dibenarkan memegang jawatan atau bertanding dalam sebarang jawatan,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab Malik.

Katanya, bagaimanapun ketika ini beberapa perkara sedang diperhalusi sebelum pekeliling mengenainya dikeluarkan dalam masa terdekat bagi memastikan penjawat awam mematuhi perkara tersebut.

“Keputusan itu sudah ada, kami tengah sediakan satu pekeliling untuk pastikan perkara ini diikuti, dalam masa sama masih ada sedikit lagi kajian masih perlu dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khairul Adib turut memberi amaran kepada penjawat awam untuk tidak mengeluar atau menyebarkan sebarang kenyataan tidak benar berkenaan kerajaan dan sekiranya mereka melakukannya tindakan tegas akan diambil.

“Kita sedang memerhati mana-mana penjawat awam yang menyebarkan maklumat tidak benar kita akan ambil tindakan,” katanya.

Beliau juga berkata dalam tempoh tiga bulan lalu pihaknya telah mengambil tindakan tatatertib terhadap tiga orang penjawat awam atas kesalahan menyebar maklumat yang tidak benar.

Tags: parti politikPenjawat Awam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

Politik Melayu Berpecah Belah, Menang Jadi Abu Kalah Jadi Arang – Ridhuan Tee

Politik Melayu Berpecah Belah, Menang Jadi Abu Kalah Jadi Arang – Ridhuan Tee

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti politik Melayu berpecah belah memberi kelebihan kepada pihak lain untuk menang di kawasan majoriti Melayu. Penganalisis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd