• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggantungan Sementara MTUC Ditarik Balik

oleh
15/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendaftar Pertubuhan (ROS) menarik semula penggantungan sementara Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang dikenakan sejak 19 Disember lalu.

Presiden MTUC, Datuk Abdul Halim Mansor, berkata surat penarikan semula itu diterima semalam yang memaklumkan ROS tidak akan membatalkan pendaftaran kongres itu.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ROS yang menarik semula penggantungan sementara dan tidak meneruskan sebarang langkah membatalkan pendaftaran kesatuan yang mewakili kira-kira 15 juta pekerja.

“Mereka bukan hanya menerima penjelasan MTUC berhubung isu berbangkit tetapi membuat keputusan dengan cepat demi kepentingan pekerja dan kesatuan sekerja di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan bersama dengan Setiausaha Agungnya, J Solomon.

Abdul Halim berkata, kedua-dua keputusan itu diambil susulan ROS berpuas hati dengan penjelasan diberi MTUC dan dokumen sokongan dikemukakan.

“Penjelasan dan bukti sokongan sebagai tindak balas terhadap beberapa isu dibangkitkan ROS, timbul daripada aduan individu tertentu yang tidak berpuas hati.

“Surat itu turut mengarahkan kami mengeluarkan pemberitahuan relevan secepat mungkin untuk mengadakan Persidangan Delegasi Triennial MTUC (TDC) selaras Perlembagaan MTUC,” katanya.

Beliau berkata, ROS Selangor akan terus membuat pemantauan terutama memastikan persidangan itu diadakan mengikut peraturan ditetapkan dalam perlembagaan MTUC.

Katanya, keputusan ROS membatalkan penggantungan dan mengeluarkan pemberitahuan pembatalannya yang digantung selama tiga minggu itu, membolehkan kesatuan kembali menjalankan fungsi secara bertanggungjawab, selain memberikan penjelasan memuaskan kepada pertanyaan pihak berkenaan.

Mengenai TDC, Abdul Halim berkata, kepemimpinan MTUC sudah memanggil Mesyuarat Pertubuhan Jeneral Khas pada 2 Februari depan yang akan memutuskan semua perkara dan persiapan berkaitan mengikut peraturan Perlembagaan MTUC.

“Kepemimpinan akan melaksanakan segala langkah perlu untuk TDC diadakan dengan ketelusan dan penuh integriti. Kesungguhan ROS memainkan peranan ke arah ini sangat dihargai.

“Justeru kita berharap semua ahli dan gabungan MTUC memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan dalam minggu-minggu akan datang untuk memastikan persidangan terbabit dengan demokrasi dan berintegriti.

“Pilihan raya MTUC yang diadakan di TDC mesti memperkasakan kredibiliti kesatuan di mata pekerja dan rakyat,” katanya. – BH Online

Tags: MTUCROS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas ia didapati melanggar perlembagaan dan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd