• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengganti Maszlee Akan Diumum Tak Lama Lagi – Mahathir

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan yang baharu bagi menggantikan Dr. Maszlee Malik akan diumumkan dalam sedikit masa lagi, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, beliau menerima peletakan jawatan tersebut yang berkuatkuasa 3 Januari 2020.

Katanya, Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota Kabinet.

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Maszlee, yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam menganggotai Kabinet selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei tahun lalu.

Beliau yang sebelum ini merupakan seorang pensyarah dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018. – MalaysiaGazette

Tags: Mahathir MohamadMaszlee MalikMenteri Pendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

Pegawai Khas Menteri Pendidikan Bidas Dr Anuar Ahmad – “Jangan Jadi Rabun!”

Pegawai Khas Menteri Pendidikan Bidas Dr Anuar Ahmad – “Jangan Jadi Rabun!”

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pendidikan, Dr. Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim membidas pandangan pakar pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd