• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi EMGS Mengaku Tak Salah Terbabit Gubah Wang Haram

oleh
20/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS), Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan terbabit dalam pengubahan wang haram berjumlah RM150,000, dua tahun lalu.

Abdul Rahman, 63, yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pengurusan Ilmu, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Mengikut pertuduhan, Abdul Rahman didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan wang berjumlah RM150,000 daripada akaun sebuah bank antarabangsa milik syarikat Mudra Resources Sdn. Bhd. ke dalam akaun miliknya, yang mana wang itu adalah hasil daripada aktiviti haram.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah bank tempatan, di Pusat Perdagangan Kebun Teh,Larkin pada 24 Disember 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) Akta yang sama.

Ia membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Mukhzany Fariz Mokhtar memohon mahkamah menetapkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin selain pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Namun, peguam tertuduh, Datuk Salehuddin Saidin, memohon supaya pasport tertuduh tidak diarah diserahkan kepada mahkamah berikutan dia mempunyai perniagaan di United Kingdom yang memerlukannya kerap ke luar negara.

Hakim kemudian memerintahkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin dengan pasport tertuduh tidak perlu diserahkan kepada mahkamah.

Faiz turut menetapkan sebutan kedua kes berkenaan pada 20 Februari ini bagi pengurusan dokumen.

Isnin lalu, Abdul Rahman turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dana

Yayasan Pengurusan Ilmu, berjumlah lebih RM170,000, pada November 2018.

Kesemua tiga pertuduhan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun, dengan sebat, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BH Online

Tags: EMGSGubah Wang HaramKementerian Pendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

Kementerian Pendidikan Garis 7 Langkah Tangani Beban Tugas Guru

Kementerian Pendidikan Garis 7 Langkah Tangani Beban Tugas Guru

10/07/2025
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan tujuh langkah bagi mengurangkan beban tugas guru termasuk memansuhkan acara tidak berimpak tinggi dan melantik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd