• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeraman Coronavirus Dianggar 2 Hingga 10 Hari – WHO

oleh
28/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggaran semasa tempoh bagi pengeraman coronavirus (2019- nCoV) yang ‘lahir’ dari Wuhan, China adalah antara dua hingga 10 hari sebelum ia boleh menjangkiti individu lain.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, memahami tempoh masa bagi mana-mana pesakit yang dijangkiti sebelum boleh menghantar virus kepada individu lain adalah penting bagi usaha kawalan.

“Namun anggaran tempoh masa ini akan lebih diperhalusi apabila lebih banyak data tersedia. Maklumat terperinci epidemiologi membabitkan lebih ramai orang yang dijangkiti diperlukan untuk menentukan tempoh berjangkit 2019-nCoV.

“Ia khususnya sama ada jangkitan itu boleh berlaku dari mereka yang tidak mempunyai gejala atau semasa tempoh pengeraman,” katanya melalui kenyataan yang turut disiarkan di laman Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurut kenyataan itu, daripada 37 kes yang dikenal pasti di luar China, tiga dikesan tanpa gejala simptom, manakala bagi baki 34 pesakit, 28 adanya maklumat mengenai tarikh simptom.

Katanya, bagi kes yang dikesan di luar China, usia median ialah 45 tahun iaitu daripada dua hingga 74 tahun, dengan 71 peratus kes membabitkan lelaki (ketiadaan maklumat bagi usia bagi enam kes dan jantina bagi empat kes).

“Daripada 27 kes yang dikesan mempunyai maklumat terperinci mengenai tarikh gejala simptom dan perjalanan daripada China, lapan pesakit mempunyai permulaan simptom di China, lima pada hari sama perjalanan dan bagi 14, ia berkembang selepas meninggalkan China.

“36 kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke China, dengan 34 daripadanya ke bandar Wuhan atau mempunyai rangkaian epidemiologi terhadap kes yang disahkan dengan sejarah perjalanan ke Wuhan.

“Siasatan terhadap sejarah perjalanan bagi dua baki kes lagi sedang disiasat. Satu kes tambahan adalah akibat jangkitan dari manusia ke manusia dalam kalangan kenalan ahli keluarga dekat di Vietnam,” katanya.

Kenyataan itu berkata, prinsip asas untuk mengurangkan risiko umum jangkitan pernafasan akut ini termasuklah menghindari daripada mempunyai sentuhan dengan pesakit yang mengalami jangkitan, kerap membasuh tangan terutamanya apabila menyentuh secara terus individu yang sakit atau persekitaran mereka.

“Elakkan sentuhan tanpa perlindungan terhadap haiwan luar atau ternakan, manakala individu dengan simptom jangkitan pernafasan akut harus mengamalkan etika batuk iaitu menjaga jarak, menutup mulut dengan tisu atau kain ketika batuk sebelum membasuh tangan.

“Meningkatkan standard pencegahan dan amalan kawalan terutamanya di bahagian kecemasan di dalam fasiliti penjagaan kesihatan,” katanya. – BH Online

Tags: 2019-nCoVChinacoronaviruswhowuhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Yakinlah Kerajaan Mampu Tangani Koronavirus

Next Post

Taman Tema MAPS Ditutup Mulai Hari Ini

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

Taman Tema MAPS Ditutup Mulai Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd