• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PKR Kecewa Kenyataan KPN Terhadap Anwar

oleh
16/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang lagi pemimpin PKR kecewa dengan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berhubung kenyataannya tentang siasatan tuduhan serangan seksual terhadap Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata nada kenyataan Hamid semalam bertentangan dengan prinsip anggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, yang menjadi asas undang-undang jenayah.

“Saya cadangkan KPN konsisten dalam semua kes dan lebih beringat apabila mengulas keputusan Jabatan Peguam Negara agar tidak membabitkan atau atau mengantar mesej yang salah mengenai mana-mana pihak terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Hamid berkata bukti fizikal diperlukan untuk meneruskan kes tuduhan serangan seksual terhadap Anwar yang diumum tutup kelmarin.

Beliau berkata polis sukar menyiasat kejadian yang didakwa dalam laporan Muhammed Yusoff Rawther itu kerana ia berlaku lama dahulu.

“Bercakap benar atau tidak itu persoalan lain, tetapi apa bukti-bukti ‘corroborative’ (menyokong) yang kita ada?” katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan kenyataannya Hamid yang didakwa bersifat “afirmatif” seolah-olah Anwar melakukan perbuataan yang didakwa itu.

“Kenyataan itu sepatutnya tidak datang dari ketua polis negara yang sepatutnya lebih cermat dalam membuat kenyataan terhadap perkara yang telah diputuskan untuk tidak diteruskan proses pendakwaan oleh peguam negara,” katanya. – FMT

Tags: Abdul Hamid BadorAnwar IbrahimPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd