• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Makanan Laut Wuhan Bukan Satu-Satunya Punca Koronavirus

oleh
30/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Pasar makanan laut di Wuhan, wilayah Hubei mungkin bukan satu-satunya sumber kepada penularan wabak koronavirus, kata pakar paru-paru di China, lapor agensi berita Xinhua.

Naib pengarah Hospital Wuhan Jinyintan, Huang Chaolin dalam satu wawancara dengan majalah perniagaan Caixin baru-baru ini berkata, mungkin terdapat beberapa tempat lain di mana virus itu mula-mula disebarkan kepada manusia.

Hospital itu antara pusat perubatan dikhaskan untuk merawat pesakit yang dijangkiti virus tersebut. Chaolin dan pasukannya baru-baru ini menerbitkan sebuah artikel di Lancet, jurnal perubatan umum terkemuka dunia berkaitan beberapa penemuan awal mengenai data klinikal koronavirus membabitkan 41 kes yang terawal.

Pesakit pertama yang dimasukkan ke hospital Huang pada 1 Disember didapati tidak terdedah langsung dengan pasar borong makanan laut Huanan di Wuhan, sebelum ini dianggap sebagai lokasi penularan wabak dan keluarganya juga tidak mengalami gejala pernafasan atau demam.

Antara tiga pesakit lain yang diterima pada 10 Disember, dua tidak terdedah dengan pasar makanan laut itu. Secara keseluruhan hanya 27 daripada 41 kes yang mempunyai kaitan dengan pasar.

“Berdasarkan keseluruhan keadaan, pasar makanan laut bukanlah satu-satunya sumber (asal novel koronavirus), ia mungkin datang daripada pelbagai sumber,” kata Chaolin.

Tetapi tiada petunjuk ditemui mengenai sumber lain itu.

Pasar makanan laut Chaolin terletak di kawasan pusat bandar daerah Jianghan, kurang satu kilometer dari stesen keretapi Hankou. Selain makanan laut, ayam dan daging turut dijual di pasar itu sebelum ia ditutup pada 1 Januari.

Pakar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China sebelum ini berjaya mengasingkan sampel yang diperoleh dari pasar berkenaan. Sebanyak 33 daripada 585 sampel didapati mengandungi virus asid nukleik.

Tags: Chinakoronaviruspasar makanan lautwuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd