• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, December 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandu Lawan Arus Di lebuh Raya, Lelaki Direman 3 Hari

oleh
22/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini kerana memandu secara berbahaya melawan arus sejauh 20 kilometer (KM) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan pada pukul 8.30 malam semalam di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor setelah didapati memandu secara songsang bermula dari susur Senawang arah selatan menuju ke utara.

“Bertindak berdasarkan rakaman video yang tular mengenai sebuah kereta yang memandu secara songsang di lebuh raya PLUS, polis telah berjaya mengesan dan menahan suspek di kawasan perkarangan IPD Gombak.

“Suspek dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban bagi siasatan lanjut. Keputusan ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif dadah dan alkohol,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, tular satu rakaman video berdurasi dua minit 44 saat di aplikasi WhatsApp yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza berwarna hitam dipandu secara melawan arus di lorong laju arah selatan menuju ke utara.

Mohd Said berkata, siasatan lanjut mendapati, kejadian itu berlaku pada 18 Jan lepas, sekitar pukul 3.30 pagi, suspek memandu melalui kilometer 259 arah selatan bermula dari susur Senawang lebuh raya PLUS sehingga kilometer 282 arah selatan, menuju ke arah utara, secara melawan arus.

Kes disiasat menurut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM15,000, jika sabit kesalahan.

Tags: Lebuhraya PLUSpandu lawan arus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Emas Tersesat Jalan Pulang, Pandu Kereta Lawan Arus

Warga Emas Tersesat Jalan Pulang, Pandu Kereta Lawan Arus

30/06/2023
0

SEBERANG PERAI : Polis menahan seorang lelaki warga emas yang memandu kereta secara lawan arus dari Plaza Tol Sungai Dua...

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

29/11/2022
0

PETALING JAYA : Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd