• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ombak Tenang Boleh Menjadi ‘Perangkap Maut’

oleh
20/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Ombak yang beralun tenang di permukaan laut bukanlah petanda pantai itu selamat untuk aktiviti mandi manda kerana ada beberapa faktor yang boleh mengancam keselamatan pengunjungnya, kata seorang pakar oseanografi.

Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir, berkata walaupun laut tenang, di dasarnya ada arus karau atau “rip current” yang sangat berbahaya dan boleh menjadi ‘perangkap maut’ kepada pengunjung yang mandi manda.

“Sebenarnya laut di Terengganu tidak selamat untuk sebarang aktiviti mandi manda sepanjang Monsun Timur Laut ini kerana tenaga ombak yang sangat kuat dari kawasan tengah Laut China Selatan sentiasa aktif dan boleh membawa tenaga ke kawasan pantai pada bila-bila masa dan ini yang sering menjadi punca lemas.

“Namun, pengunjung yang terpesona dengan keindahan pantai dan ketenangan ombak itu akan mandi manda sedangkan ia umpama ‘perangkap maut’ kepada mereka, …walaupun mungkin tahu berenang namun situasi cemas akan menyebabkan mereka panik dan gagal menyelamatkan diri,” kata itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kajian dijalankan UMT mendapati “rip current” sering berlaku di beberapa lokasi antaranya Pantai Pandak, Chendering dan Teluk Bidara serta Teluk Lipat di Dungun.

Jumaat lalu, empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun dikhuatiri lemas selepas ditarik ombak ketika mandi di pantai Teluk Bidara, Dungun manakala seminggu sebelum itu, dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Chendering mati lemas di Pantai Pandak.

Terengganu mempunyai pantai sepanjang 244 kilometer di tujuh daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Hanya Hulu Terengganu satu-satunya daerah yang tidak mempunyai pantai di negeri itu.

Setiap tahun, Terengganu akan merekodkan kejadian mati lemas terutama pada musim Monsun Timur Laut dan kejadian itu sering berlaku di Pantai Pandak.

Mengulas lanjut, Mohd Fadzil berkata selain faktor ‘rip current’, penyelidikan oleh UMT juga mendapati faktor muka bumi seperti kecerunan turut membahayakan pengunjung yang mandi di pantai.

“Penyelidik UMT pernah ke pantai Rhu 10 di Setiu ketika air surut dan mendapati kawasan pantai itu sangat curam seperti bukit sedangkan ia tidak akan terlihat pada mata kasar ketika air pasang dan ini sangat berbahaya untuk mereka yang mandi,” katanya sambil menyarankan pengunjung bertanya kepada penduduk setempat berhubung ‘tahap keselamatan’ di pantai sebelum memutuskan mahu mandi manda di kawasan itu.

Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, Mohd Fadzil menyarankan agar kerajaan mewujudkan lebih banyak pasukan penyelamat di pantai yang sering dikunjungi bagi mengurangkan risiko kejadian mati lemas.

“Sekurang-kurangnya, pengunjung akan lebih berwaspada dengan amaran yang diberikan. Pertolongan cemas juga lebih mudah diberikan dengan pantas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Sudah tiba masanya sekolah-sekolah di Terengganu memberi pendedahan kemahiran berenang atau keselamatan di air kepada pelajar kerana Terengganu adalah negeri pesisir pantai dan mereka seharusnya memiliki kemahiran itu.

“Di UMT contohnya, kebanyakan pelajar daripada benua Eropah berasa terkejut dan hairan kerana pelajar Terengganu tidak mahir berenang sedangkan ia adalah kemahiran yang sangat perlu memandangkan Terengganu adalah negeri maritim,” katanya.

Tags: mandi lautombakoseanografiperangkap maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Ombak Sehingga 3.5 Meter

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Ombak Sehingga 3.5 Meter

06/05/2023
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua serta ribut...

8 Sekeluarga Dihanyutkan Ombak Di Oman, Dua Maut

8 Sekeluarga Dihanyutkan Ombak Di Oman, Dua Maut

16/07/2022
0

MUSCAT, OMAN – Percutian sebuah keluarga dari India di pantai Oman bertukar tragedi apabila lapan daripada mereka dihanyutkan ombak besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd