Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Aktiviti Tangkap Ikan Haram...

KOTA TINGGI – Orang ramai perlu melapor aktiviti menangkap ikan terutama di sungai...

Kerajaan Tubuh Tabung Bantuan...

CYBERJAYA - Kerajaan bersetuju menubuhkan Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) untuk menggalakkan orang...

LKIM Saran Beli Ikan...

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggalakkan para pengguna di negara...

Kredit Bantuan Automatik Isi...

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) menerusi manifesto menawarkan insiatif iaitu memasukkan atau...

OKU Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Liwat Anak

IPOH – Seorang pemegang kad orang kurang upaya (OKU) penglihatan mengaku tidak bersalah atas 5 pertuduhan melakukan amang seksual dan liwat terhadap anak perempuannya berusia 17 tahun di Batu Gajah, sejak tahun lepas.

Mohd Salleh Mohd Yusop, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Salleh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa kira-kira 5 petang antara 26 Disember hingga 27 Disember 2019 dan antara 3 petang hingga 3.30 petang pada 7 dan 13 Januari lepas di sebuah rumah di Kampung Baru Sungai Terap, Batu Gajah.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta menjalani pengawasan polis sehingga 3 tahun, jika sabit kesalahan.

Bapa kepada 4 anak itu turut didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii kira-kira 5 petang antara 26 hingga 27 Disember, dan kira-kira 3.30 petang pada 7 Januari di tempat sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebat selain menjalani pengawasan polis tidak melebihi 3 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim, manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Fairuz Rahman.


Terdahulu, Khairul meminta mahkamah menawarkan ikat jamin yang rendah ke atas tertuduh yang mengalami masalah penglihatan akibat kemalangan semasa bekerja di sebuah kilang 13 tahun lepas kerana kini hanya bergantung kepada bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setiap bulan selain mempunyai 4 anak masih bersekolah.

Khairul juga memohon mahkamah membenarkan jaminan terhadap tertuduh kerana 2 anak perempuannya berusia 13 tahun termasuk mangsa sudah berpindah ke Sarawak bersama ibu mereka.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh dikehendaki melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan dan tidak boleh mengganggu mangsa serta mana-mana saksi atau jaminan ditarik semula.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Februari ini bagi menunggu laporan forensik ke atas mangsa.

Kategori