• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Bakal Ganti Maszlee?

oleh
06/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Spekulasi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik menganggotai Kabinet kembali bertiup kencang kebelakangan ini setelah Dr. Maszlee Malik meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Khamis lalu.

Kemelut itu sedikit sebanyak memberi tempias kepada Kedah yang kebelakangan ini dibuai ‘khabar angin’ akan berlaku perubahan Menteri Besar Kedah.

Malah beberapa portal dan laman sosial kecoh kononnya tempat Maszlee akan digantikan dengan Mukhriz selain beberapa nama turut disebut sebagai calon Menteri Besar Kedah.

Antara kenyataan tular menyebut, Dr. Maszlee mengumumkan peletakan jawatan di tengah-tengah khabar angin perubahan Menteri Besar di Kedah. Khabar angin mengaitkan Mukhriz akan diserap ke Kabinet dan jawatan disandangnya dikaitkan dengan dua individu, calon disebut-sebut daripada PKR dan Bersatu.

Isu berkenaan bukanlah baru di Kedah terutama kalangan kem Pakatan Harapan (PH) mahupun pembangkang kerana sudah beberapa kali dimainkan pihak tertentu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Isu berkenaan tular sejak beberapa hari lalu. 

Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul sering disebut-sebut bakal menggantikan Mukhriz sejak awal tahun lalu namun ia tidak berlaku.

Calon ‘favourite’ yang dicanang adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, yang sebelum ini turut diuar-uarkan calon Menteri Besar Kedah ketika Kedah ditadbir PAS.

Dalam pada itu, nama Datuk Seri Mustapa Mohamed dikatakan sesuai dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan menggantikan Amiruddin bagi memantau Lim Guan Eng mengurus kewangan negara.

Kelmarin, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Radzi Jidin tegaskan, penyandang jawatan itu adalah daripada parti Bersatu dan tidak wujud keperluan PH untuk bermesyuarat bagi memilih pengganti Maszlee.

Sama ada ia hanya kebetulan atau benar-benar akan dilakukan rombakan Kabinet seawal tahun 2020, jawapannya hanya ada pada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Mukhriz ketika dihubungi Sinar Harian menganggap apa yang tular sebagai berita palsu dan tidak perlu dilayan.

“Itu berita palsu. Saya tak ada komen berkaitan berita yang tidak benar seperti itu, saya juga tak komen sebarang spekulasi atau khabar angin,” katanya.

Mukhriz juga enggan mengesahkan kesediaan melepaskan jawatan menerajui Kedah sekiranya diarahkan untuk mengisi kekosongan jawatan Menteri Pendidikan.

Menurut Perkara 43(2)(6) Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.

Ini bermakna adalah menjadi prerogatif atau hak budi bicara Perdana Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang pelantikan seorang menteri dan bukan menjadi keperluan untuk Perdana Menteri membincangkan pelantikan menteri dalam mana-mana mesyuarat khusus melainkan beliau sendiri berpandangan sedemikian. – Sinar Harian

Tags: Maszlee MalikMenteri PendidikanMukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

25 Sungai Di Malaysia Tercemar Kelas 3 Dan 4

Menteri Pendidikan Akan Jumpa PIBG Dari 11 Sekolah Cina – Fahmi

06/06/2024
0

SUNGAI BAKAP - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Wong Kah Woh akan bertemu dengan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu...

Pelajar Boleh Pakai Baju-T Ikuti Aktiviti Kokurikulum

Pelajar Boleh Pakai Baju-T Ikuti Aktiviti Kokurikulum

15/03/2023
0

PETALING JAYA: Semua murid dan pelajar kurang kemampuan diberi kelonggaran untuk memakai baju-T sukan bersesuaian semasa mengikuti aktiviti kokurikulum badan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd