• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Antara Nama Disebut Ganti Maszlee?

oleh
04/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jika dua hari lepas, kecoh dengan peletakan jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, kini heboh pula dengan spekulasi penggantinya.

Antara nama yang timbul termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dikatakan Mukhriz akan menyertai barisan Kabnet kerajaan wujud sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menang besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018.

Namun kini ia sekali lagi menjadi topik perbualan pelbagai pihak, khasnya netizen yang menjangka Mukhriz akan menggantikan Maszlee dan tempat Mukhris di Kedah ditawarkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Azman Nasrudin.

Bagaimanapun Azman yang juga Exco Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama bukannya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebaliknya dari PKR.

Sejauh mana andaian itu benar tidak dapat di pastikan selagi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang sedang memangku jawatan itu membuat keputusan.

Selain daripada nama Mukhriz, bekas menteri UMNO yang kini menjadi ahli PPBM, Datuk Seri Mustapa Mohamed selain Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapat perhatian untuk mengisi kekosongan itu.

Kedua-dua pemimpin itu calang-calang orang kerana pernah memegang portfolio Kementerian Pendidikan sebelum ini.

Nama seorang lagi calon yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang kini adalah Menteri Luar turut timbul.

Malah nama pakar ekonomi dan pendidikan, Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram juga menjadi sebutan umum bagi menggantikan Maszlee.

Bagaimanapun, berkemungkinan besar jawatan ini akan diberikan kepada pimpinan PPBM memandangkan Maszlee daripada kuota parti itu.

Malah terdapat kemungkinan Dr. Mahathir akan memegang jawatan itu walaupun manifesto Pakatan Harapan (PH )tidak membenarkan seorang Perdana Menteri memegang lebih daripada satu jawatan.

Malah sebelum ini Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, sekiranya prinsip PH itu diubah kemungkinan besar Dr. Mahathir adalah calon yang sesuai menggantikan tempat Maszlee.

“Saya beranggapan Dr. Mahathir calon sesuai, tetapi perlu dilihat adakah mereka masih memegang prinsip PH yang perdana menteri tidak boleh memegang jawatan lain,” katanya.

Walauapapun ia hanya ramalan, jawatan Menteri Pendidikan dilihat sebagai salah satu potfolio yang berpengaruh memandangkan jawatan tersebut menyaksikan beberapa Perdana Menteri pernah memegang portfolio itu. – MalaysiaGazette

Tags: Maszlee MalikMenteri PendidikanMukhriz Mahathir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei mengkritik kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah yang dikatakan untuk meringankan golongan ibu...

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah disediakan oleh kerajaan bukan pinjaman atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd