• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Mahu Berkereta Mewah, Rakyat Disuruh Ikat Perut

oleh
03/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA mendakwa Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan hipokrit kerana mendakwa hutang negara mencecah RM1 trilion sebagai alasan atas kegagalan mereka menunaikan janji-janji manifesto kepada rakyat.

Atas alasan itu, rakyat pula diminta “mengikat perut” kerana pelbagai program bantuan dan kebajikan terpaksa dimansuhkan untuk menjimatkan wang.

Sebanyak 32 balai polis komuniti juga telah ditutup manakala Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) pula dimansuhkan atas alasan yang sama.

Tetapi, dalam pada itu, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon, kerajaan sanggup membelanjakan RM450 juta untuk membeli kereta-kereta mewah sebagai kenderaan rasmi untuk menteri dan pegawai kerajaan.

Soalnya, tidak cukupkah kerajaan membazirkan RM25 juta untuk menjalankan kajian pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) yang hanya mampu mengesyorkan subsidi RM30 sebulan untuk rakyat tetapi kemudian ditangguhkan pada saat-saat terakhir.

“Kesemua ini secara langsung menjejaskan taraf kehidupan rakyat.

“Janji untuk menurunkan harga petrol kepada RM1.50 seliter sudah tidak boleh diharapkan rakyat, tetapi janganlah mengorbankan balai polis dan elaun BIPK,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, ia amat ironik apabila kerajaan meminta rakyat untuk berkorban, tetapi pada masa sama membelanjakan RM450 juta wang rakyat untuk membeli kereta mewah sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Mah berkata, sejak PH membentuk kerajaan baharu, hutang kerajaan telah meningkat disebabkan pinjaman-pinjaman yang dibuat.

Bursa Malaysia pula menjatuh di bawah paras 1,600 mata dan mencatatkan prestasi yang paling teruk di rantau Asia.

“Apabila keadaan ekonomi negara tidak stabil dan lembap, ia tidak masuk akal untuk kerajaan membelanjakan jumlah wang yang besar untuk kereta mewah bagi kegunaan menteri dan pegawai kanan kerajaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tags: kereta mewahMCAmenteri kabinetpakatan harapanRakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada rakyat Johor supaya memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd