• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Ramai Langgar Peraturan Larangan Merokok

oleh
03/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah diberikan peringatan berulang kali, malahan pelaksanaan penguatkuasaan pendidikan selama 12 bulan sejak 1 Januari 2019, namun masih ramai dalam kalangan perokok, ingkar dengan larangan merokok di kawasan restoran dan premis makanan terbuka.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh 24 jam pertama operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) dilakukan di seluruh negara, mendapati bilangan individu yang merokok masih tinggi, dengan 10 peratus berbuat demikian di premis yang dilawati.

Berikutan itu sebanyak 605 notis dengan nilai kompaun RM144,450 dikeluarkan, membuktikan masih ramai masyarakat Malaysia, yang tidak peka dengan larangan merokok yang berkuatkuasa semalam.

“Ini termasuk 34 notis kesalahan diberikan kepada golongan orang belum dewasa selepas 6,119 premis makanan diperiksa sepanjang operasi dilakukan, bermula 8 pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, dalam operasi membabitkan 2,087 pegawai penguatkuasa itu, sebanyak 103 notis dengan nilai kompaun RM25,750 dikeluarkan ke atas pemilik premis makanan, termasuk 79 notis kesalahan kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan 24 notis kesalahan, kerana menyediakan kemudahan merokok.

“Bagaimanapun peratusan kesalahan yang dilakukan pemilik premis menurun daripada 47 peratus pada hari pertama 2019, kepada 1.7 peratus hari pertama tahun ini, kerana rata-rata dalam kalangan mereka, menjalankan tanggungjawab dalam melaksanakan penguatkuasaan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM), Dr. Norhayati Rusli berharap kompaun yang dikenakan, dapat memberi kesedaran kepada perokok untuk menghentikan tabiat itu.

“Banyak kemudahan disediakan untuk membantu perokok menghentikan tabiat itu, termasuk meningkatkan jumlah klinik yang menyediakan perkhidmatan berhenti merokok mQuit, serta sesi kaunseling, namun masih ramai yang berdegil.

“Rata-rata yang ‘ditangkap’ memberikan jawapan ‘tidak tahu’ tentang larangan itu, dan ia jelas menunjukkan sikap tidak ambil endah golongan itu terhadap peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Mereka yang menerima notis kesalahan kerana merokok, boleh dikenakan kompaun RM250 dan di bawah Peraturan 12 (1) (a) dan 12 (1) (b), pemilik premis yang menerima notis kesalahan, juga boleh dikenakan jumlah kompaun yang sama, untuk kesalahan pertama dan kedua, manakala kadar kompaun lebih tinggi untuk kesalahan ketiga dan seterusnya. 

Tags: kompaunLarangan Merokokperokok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dong Zong Serah Memorandum Tolak Belajar Jawi

Next Post

Masih Tunggu Keputusan Laporan Koroner Australia

Related Posts

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

09/04/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk merampas ternakan dan mengenakan kompaun maksimum RM2,000 terhadap penternak yang...

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

26/09/2024
0

PETALING JAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12...

Next Post

Masih Tunggu Keputusan Laporan Koroner Australia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd