• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Terima Kunjungan Hormat Pemimpin Hamas

oleh
23/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat beberapa pemimpin Hamas diketuai Ismael Haniyya, di Putrajaya, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Twitter rasmi Perdana Menteri, dengan disertakan lima gambar pertemuan berkenaan.

Dalam pertemuan di Pejabat Perdana Menteri itu, Ismael menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana membawa idea segar berkenaan dunia Islam melalui penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, hujung bulan lalu.

Ismael turut menyampaikan penghargaan atas usaha dan sokongan berterusan Dr. Mahathir kepada rakyat Palestin.

Menurut pemimpin Hamas itu, Malaysia mempunyai kedudukan yang amat istimewa dalam dunia Islam.

“Turut dibincangkan ialah beberapa perkara berkaitan perkembangan terkini dan nasib yang menimpa rakyat Palestin,” jelasnya.

Dr. Mahathir terkenal dengan kelantangannya mempertahankan Palestin, antaranya membidas keputusan Amerika Syarikat yang tidak menganggap penempatan Israel di Tebing Barat sebagai penempatan haram.

Pada Oktober tahun lalu, ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18 di Baku, Azerbaijan, Dr. Mahathir mengumumkan Malaysia akan membuka kedutaan untuk Palestin di Jordan, bagi membolehkan Malaysia memberi bantuan kepada rakyat Palestin dengan lebih mudah.

Tags: HamasislamMahathir MohamadPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyebaran Ajaran Islam Hendaklah Dilaksanakan Melalui Saluran Yang Beretika, Berhemah – Senator DAP

Penyebaran Ajaran Islam Hendaklah Dilaksanakan Melalui Saluran Yang Beretika, Berhemah – Senator DAP

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran ajaran Islam di negara ini hendaklah dilaksanakan melalui saluran yang beretika, berhemah dan tidak melibatkan institusi...

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd