• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Masuk Pejabat Menteri Pendidikan Hari Ini

oleh
16/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang memangku jawatan Menteri Pendidikan memasuki pejabat kementerian itu buat kali pertama hari ini.

Ketibaan Dr. Mahathir kira-kira jam 2.40 petang di kementerian itu disambut Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Mohd Gazali Abas serta pengurusan tertinggi kementerian.

Selepas bersalaman dan bergambar di lobi kementerian, Dr. Mahathir kemudian diiring ke tingkat 18 bangunan yang menempatkan pejabat Menteri Pendidikan.

Di situ, Dr. Mahathir diberikan penerangan ringkas oleh Mohd Gazali yang turut disertai oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Selepas itu, Dr. Mahathir dibawa ke tingkat 17 bagi menghadiri taklimat bersama pihak pengurusan tertinggi kementerian.

Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 8 Januari lalu memutuskan Dr. Mahathir memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari susulan peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik sehari sebelum itu.

Isnin lalu, Dr. Mahathir dilaporkan berkata beliau akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat di mana antara keutamaan adalah untuk meneliti masalah yang berlaku dalam kementerian itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Perdana Menteri juga dilaporkan sedia untuk mempertimbangkan cadangan memecahkan Kementerian Pendidikan dan mewujudkan semula Kementerian Pendidikan Tinggi.

Dr. Mahathir pernah menyandang jawatan Menteri Pendidikan pada 1974 sehingga 1978 sewaktu pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri.

Tags: Mahathir MohamadMenteri Pendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry, Fadhlina Diminta Letak Jawatan, Gagal Menentang Pengiktirafan UEC – Hassan

Zambry, Fadhlina Diminta Letak Jawatan, Gagal Menentang Pengiktirafan UEC – Hassan

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek disaran meletak jawatan....

25 Sungai Di Malaysia Tercemar Kelas 3 Dan 4

Menteri Pendidikan Akan Jumpa PIBG Dari 11 Sekolah Cina – Fahmi

06/06/2024
0

SUNGAI BAKAP - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Wong Kah Woh akan bertemu dengan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd