• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Akan Masuk Pejabat KPM Masa Terdekat

oleh
14/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, antara keutamaan sebagai pemangku Menteri Pendidikan adalah untuk meneliti masalah yang berlaku dalam kementerian itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Secepat mungkin,” katanya secara berseloroh apabila ditanya bila beliau akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan.

“Terdapat banyak masalah dalam Kementerian Pendidikan. Jadi saya perlu tahu kenapa masalah-masalah itu dibangkitkan dan mencari penyelesaian,” jelasnya.

Perdana Menteri berkata demikian selepas melawat depoh Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn. Bhd. (DMIA), di Serendah, di sini.

Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan akan dipecahkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Mahathir berkata: “Itu akan menjadi perkara yang akan saya pertimbangkan mengikut saranan anda (wartawan).”

Berhubung isu influenza, Dr. Mahathir berkata, Kementerian Kesihatan sedang menilai sama ada penyakit itu telah merebak dengan meluas atau masih berada di peringkat awal.

Rabu lepas, Kementerian Kesihatan dilaporkan sedang menilai situasi terkini jangkitan itu di semua institusi pendidikan selepas pelajar didapati positif influenza A.

Seramai 103 murid di 52 buah sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang dilaporkan dijangkiti influenza sehingga semalam dan dua kelas Tahun 2 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Li Hwa, Butterworth di Pulau Pinang masih ditutup sejak Rabu lepas.

Hari ini, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (Semesti) di Perak ditutup selepas 10 pelajarnya positif influenza A.

Tags: Kementerian PendidikanMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Menteri Nafi India Boikot Minyak Sawit Malaysia

Next Post

Momota Masih Dirawat Di Hospital Putrajaya

Related Posts

Kementerian Pendidikan Garis 7 Langkah Tangani Beban Tugas Guru

Kementerian Pendidikan Garis 7 Langkah Tangani Beban Tugas Guru

10/07/2025
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan tujuh langkah bagi mengurangkan beban tugas guru termasuk memansuhkan acara tidak berimpak tinggi dan melantik...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Next Post

Momota Masih Dirawat Di Hospital Putrajaya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd