• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 100 Artifak Berusia 17,000 Ditemui Di Baling

oleh
23/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Jabatan Warisan Negara (JWN) menemui lebih 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik dianggarkan berusia 17,000 tahun di beberapa gua di Gunung Pulai, di sini.

Artifak dalam bentuk peralatan batu, pecahan tembikar dan kulit siput sungai, ditemui di tapak-tapak baharu ekskavasi, antaranya di Gua Kelambu, Gua Tembus dan Gua Akar.

Pesuruhjaya Warisan yang juga Ketua Pengarah JWN, Mesran Mohd Yusop, berkata artifak itu ditemui ketika jabatannya sedang menjalankan eksplorasi di kawasan berkenaan antara April hingga Oktober lalu.

“Eksplorasi ini bertujuan melaksanakan pendokumentasian dan inventori tapak bagi memperoleh data arkeologi terkini dan mengetahui sebarang kemungkinan jumpaan bukti yang masih belum diterokai penyelidik terdahulu.

“Penemuan artifak ini membuktikan adanya kehidupan prasejarah di kawasan ini dan ia memberikan kita petunjuk baharu mengenai kehidupan mereka suatu ketika dahulu,” katanya.

Mesran berkata, ekskavasi dan penyelidikan di tapak terbabit turut disertai Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM).

Sebahagian daripada artifak yang ditemui, katanya, telah dihantar ke Singapura untuk dianalisis dan ditentukan secara tepat usianya.

Menurutnya, jika artifak itu benar-benar berusia 17,000 tahun, ia bermakna penempatan di Gunung Pulai adalah antara yang tertua di negeri ini dan lebih tua berbanding di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok, Kedah.

Beliau turut menjelaskan, penemuan itu mejadikan Gunung Pulai sebagai tapak arkeologi bernilai tinggi terhadap data arkeologi negara dan sebagai asas dalam mengenali asal-usul masyarakat lampau.

“Ia juga berupaya mempopularkan kawasan ini dan menjadikan Gunung Pulai dan gua-gua di sini sebagai tumpuan pelancong dan penyelidik serta pakar-pakar arkeologi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Arkeologi JWN, Ruzairy Arbi, berkata penemuan peralatan batu itu menggambarkan bahawa masyarakat Paleolitik di sini menggunakan batu secara intensif untuk tujuan pemburuan dan penyimpanan makanan.

Penemuan kulit siput sedut sungai pula, katanya, disifatkan yang paling penting kerana ia menjadi bukti mengenai amalan pemakanan dan diet masyarakat prasejarah di situ.

“Semua artifak ini ditemui di permukaan tanah kawasan gua-gua terbabit dan kita percaya lebih banyak artifak yang tertanam. Kita akan membuat pemetaan dan penggalian dalam tempoh sebulan lagi untuk mencari artifak lain,” katanya.

JWN turut memohon orang ramai agar mematuhi perundangan Akta Warisan Kebangsaan 2005 dengan melaporkan segera sebarang jumpaan bersejarah di kawasan Gunung Pulai kepada pegawai daerah atau pesuruhjaya warisan.

Tags: artifakKedahzaman paleolitik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Lagi Pegawai JPJ Sebelah Calon Ujian Memandu

Next Post

Anwar Sedia Jumpa Hadi, Jawab Isu ‘Susunan Politik Baru’

Related Posts

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

26/09/2024
0

Alor Setar : Bilangan mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 1,567 mangsa daripada 472 keluarga yang ditempatkan di 18...

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

28/07/2024
1

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai...

Next Post

Anwar Sedia Jumpa Hadi, Jawab Isu ‘Susunan Politik Baru’

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd