• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Serangan Roket Di Zon Hijau Di Iraq

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGHDAD – Zon Hijau di ibu negara Iraq yang menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat dan konsulat asing sekali lagi menjadi sasaran serangan selepas ketegangan semakin memuncak di Asia Barat.

Dua roket Katyusha didakwa dilancarkan ke kawasan tersebut dan salah satu daripadanya dikatakan jatuh pada jarak 100 meter ketika kejadian pada tengah malam tadi yang turut mencetuskan bunyi siren keselamatan di zon berkenaan.

Polis Iraq mengesahkan tiada kematian dilaporkan dalam insiden tersebut.

Serangan itu berlaku hampir 24 jam selepas Iran melancarkan 22 misil balistik ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Ain al-Asad dan bandar Erbil.

Difahamkan, ia adalah serangan balas dendam terhadap kematian pemimpin militia Unit Mobilisasi Popular (PMU), Abu Mahdi al-Muhandis yang turut terkorban bersama komander Pasukan Pengawal Revolusi Iranc(IRGC), Leftenan Jeneral Qasem Soleimani pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, AS menuduh PMU yang turut dikenali sebagai Hashed al-Shaabi sebagai dalang siri serangan roket ke atas kedutaan mereka di Baghdad dan pangkalan yang menempatkan tentera dari negara Uncle Sam tersebut.

Semalam, PMU berikrar mereka juga akan menuntut bela atas serangan dilancarkan AS di bawah arahan Presiden Donald Trump. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatIranIraqSerangan Udara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd