• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Pangkalan Tentera AS Di Iraq Dibedil Roket

oleh
13/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGHDAD – Pangkalan tentera udara yang menempatkan pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq sekali lagi menjadi sasaran bedilan roket semalam.

Sebanyak lapan roket Katyusha dilancarkan ke atas pangkalan tentera udara Al-Balad di wilayah Salahuddin yang terletak kira-kira 80 kilometer di utara Baghdad.

Sumber tentera mengesahkan empat askar Iraq turut cedera selepas bom mortar tersebut mengenai landasan di dalam kemudahan terbabit.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan tersebut.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) melancarkan 22 misil sebagai serangan balas dendam ke atas pangkalan Ain al-Asad dan Erbil atas kematian komander kanan, Leftenan Jeneral Qasem Soleimani pada 3 Januari lalu.

Difahamkan, Balad adalah pangkalan tentera udara utama untuk jet pejuang F-16 bagi kegunaan tentera Iraq meningkatkan keupayaan pertahanan udara mereka.

Ia turut menempatkan kontinjen kecil tentera udara dan kontraktor AS.

Bagaimanapun, majoriti daripada mereka telah dipindahkan susulan ketegangan memuncak antara Washington dan Teheran sejak dua minggu lalu.

“Kira-kira 90 peratus daripada penasihat dan kakitangan Sallyport dan Lockheed Martin yang merupakan pakar dalam kerja penyelenggaran pesawat telah dipindahkan ke Taji dan Erbil atas faktor keselamatan

“Kini hanya tinggal kurang daripada 15 anggota tentera AS dan sebuah pesawat di al-Balad,” jelas satu sumber.

Situasi makin tegang selepas Washington berkeras enggan memanggil pulang kesemua tentera mereka dari Baghdad walaupun Parlimen Iraq sebulat suara meluluskan resolusi bagi melaksanakan langkah sedemikian pada minggu lalu. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatIranIraq
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd