• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuota Haji Malaysia Dinaikkan Kepada 31,600

oleh
22/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kuota rasmi Haji untuk Malaysia bagi tahun ini (1441 Hijrah) meningkat kepada 31,600 berbanding 30,200 jemaah tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, penambahan kuota 1,400 orang itu adalah hasil rundingan kerajaan Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerajaan Arab Saudi untuk mempertimbangkan kenaikan jumlah kuota seiring dengan peningkatan populasi penduduk negara ini.

“Kita diberikan kuota 30,200 jemaah berpandukan 0.01 peratus penduduk yang diambil populasi kita yang tidak dikemas kini (iaitu populasi 30 juta) tetapi mengikut versi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2017, penduduk Malaysia telah meningkat iaitu 31,600,000.

“Keputusan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) yang menyatakan setiap negara dapat (kuota haji) 0.01 peratus daripada populasi penduduknya maka kita memaklumkan peningkatan mengikut statistik (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) terbaru itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ditemui sebaik tiba di tanah air dari dari Riyadh hari ini, Mujahid yang berada tiga hari di Arab Saudi sejak Ahad, mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Mohammad Saleh bin Taher Benten di Makkah bagi membincangkan isu berkenaan hal ehwal pengurusan dan persiapan jemaah haji dari Malaysia bagi musim haji 1441H.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut mengadakan perbincangan bersama Menteri Hal Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi Sheikh Abdullatif bin Abdulaziz Al-Sheikh di Riyadh sebelum pulang ke Malaysia.

Tags: jemaah haji malaysiakuota haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

18/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan proses tawaran haji musim 1447H/2026M lebih lancar dengan kuota yang diperuntukkan...

Mangsa Banjir Terengganu Meningkat Kepada 2,105 Orang

TH Nafi Agih Kuota Haji Kepada Pihak Swasta

25/01/2024
0

SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan pihaknya mengagihkan kuota tertentu kepada syarikat swasta atau Pengendali Jemaah Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd