• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koronavirus Tak Beri Implikasi Ekonomi – Azmin

oleh
28/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Koronavirus tidak memberi sebarang implikasi kepada ekonomi Malaysia setakat ini tetapi akan menjejaskan pertumbuhan negara sekiranya penularannya berterusan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, masih belum ada keperluan untuk Malaysia menghentikan sementara aktiviti import eksport barangan dari China, terutamanya Wuhan dan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah proaktif untuk menangani jangkitan tersebut dan memantaunya secara dekat.

“Seperti yang berlaku dengan penyakit lain sebelum ini jika berterusan pasti akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi kerana ini perkara serius yang perlu dipantau oleh agensi dan kementerian berkenaan. Kita akan ambil maklumat dan nasihat daripada mereka tentang apakah langkah seterusnya untuk diambil,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani kerjasama strategik antara Petroliam Nasional Bhd dan Agrobank hari ini.

Setakat ini, empat kes koronavirus telah dikesan di negara ini.

Mengenai prestasi ringgit dan pasaran saham yang agak rendah berbanding pasaran serantau, Azmin berkata, asas ekonomi Malaysia masih kukuh dan pelabur tetap yakin untuk memilih Malaysia sebagai destinasi yang strategik.

Katanya sejak setahun lalu kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengembalikan keyakinan pelabur dengan menggunakan Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN.

“Daripada statistik, keyakinan pelabur telah kembali untuk datang ke Malaysia dan dengan pengumuman mengenai Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International yang baik baru-baru ini pastinya dapat membantu memulihkan keyakinan pelabur.

“Asas kita kekal kukuh dan kini keyakinan pelabur kembali kepada Malaysia dan kita berasakan 2020 merupakan tahun yang lebih baik untuk melihat kejayaan ekonomi negara,” katanya.

Tags: ChinaEkonomi MalaysiakoronavirusMohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Yusoff Rawther Belum Terima Writ Saman – Peguam

Next Post

Tiba-Tiba Menteri PH Saman Menteri PH – Najib

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

Tiba-Tiba Menteri PH Saman Menteri PH - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd