• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komplot Cemar Reputasi, SPRM Buat Laporan Polis

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa individu termasuk peguam yang didakwa menjadi dalang dalam komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan imej suruhanjaya itu dan Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya.

Laporan polis itu dibuat oleh Pegawai Khas Undang-undang kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Sasha Lyna Abdul Latif, di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini hari ini.

Sasha Lyna yang ditemui media selepas itu berkata, komplot jenayah itu dilakukan dengan menyebarkan pelbagai tohmahan melalui media sosial dengan niat mencemar integriti serta maruah SPRM dan Latheefa.

“Saya telah menyerahkan maklumat dan bukti yang kami terima kepada pihak polis dan juga menyerahkan identiti (mereka) yang menjadi dalang kepada komplot ini,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan identiti individu terbabit memandangkan kes itu sedang dalam siasatan polis.

Menurut Sasha Lyna, komplot itu muncul selepas SPRM mendedahkan rakaman audio perbualan siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd. dalam satu sidang media pada 8 Januari lepas.

“Kami percaya ini juga adalah satu intimidasi kepada Ketua Pesuruhjaya (Latheefa) atas apa yang dilakukan pada sidang media itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Semalam, Latheefa dalam kenyataannya berkata, laporan polis itu dibuat bagi menghantar satu mesej yang jelas kepada dalang-dalang di sebalik komplot itu bahawa beliau tidak tergugat atau terancam dalam melaksanakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Latheefa berkata, beliau akan meneruskan tugasnya untuk membersihkan negara ini daripada gejala rasuah walaupun berdepan dengan cabaran seperti serangan peribadi dan ugutan terhadapnya.

Pada 8 Januari lepas, SPRM mendedahkan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1MDB dan SRC International.

Tags: laporan polisLatheefa KoyaSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

PMO Buat Laporan Polis Surat Palsu Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta

PMO Buat Laporan Polis Surat Palsu Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa Jemaah Menteri meluluskan cadangan Projek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd