• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketegangan Antara AS-Iran Cecah Tahap Tak Diingini

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam berkata, ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran telah mencecah satu tahap yang tidak pernah diingini Turki, lapor agensi berita China Xinhua.

“Tiada siapa pun berhak menjerumuskan rantau ini ke kancah yang penuh dengan api persengketaan,” kata Erdogan pada majlis perasmian projek saluran paip gas asli TurkStream di Istanbul.

Pemimpin itu juga berkata, Turki akan melakukan segala usaha untuk tidak membiarkan rantau itu ‘lemas dalam lautan darah dan air mata’.

Ketegangan antara AS dan Iran telah mereda selepas Iran menembak peluru berpandu yang menyasarkan pangkalan tentera AS di Iraq pada awal pagi Rabu.

“Jiran kami Iraq turut berada dalam bahaya akan kehilangan kestabilannya yang sudah pun bermasalah,” kata Erdogan.

Minggu lepas, satu serangan udara yang dilancarkan AS telah meragut nyawa Qassem Soleimani, komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran berhampiran lapangan terbang Baghdad di Iraq, sekali gus memburukkan lagi hubungan antara kedua-dua negara yang sedia tegang.

Terdahulu, pada hari sama, Erdogan dan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin mengadakan pertemuan berkaitan perkembangan terbaru di rantau itu.

Tags: Amerika SyarikatIranIraqRecep Tayyip ErdoganTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd