• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Keempat Koronavirus Dikesan Di Johor

oleh
26/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu lagi kes positif koronavirus di Malaysia menjadikan keseluruhan sebanyak empat kes.

Kes terbaharu itu tidak mempunyai kaitan dengan tiga kes positif yang telah dilaporkan hari ini.

KKM dalam satu kenyataan berkata, kes terbaharu itu merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun berasal dari Wuhan, China yang tiba di Johor Bahru pada 22 Januari lalu dengan menaiki bas dari Singapura.

Lelaki itu datang bersama sekumpulan pelancong warga China seramai 17 orang kesemuanya yang turut terdiri daripada isteri dan seorang anaknya.

Kes mula mengalami gejala demam pada 23 Januari 2020 dan keesokan harinya beliau telah pergi mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta berhampiran.

Beliau seterusnya telah dirujuk oleh pihak hospital swasta tersebut untuk menerima rawatan lanjut di bawah jagaan Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

“Ujian pengesanan dan pengesahan bagi kes ini telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Pada petang 25 Januari 2020, pihak Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) Kebangsaan telah menerima pelaporan bahawa sampel pesakit terbabit didapati positif koronavirus,” kata kenyataan itu.

Selain itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah bertindak segera dengan mengesan kesemua 17 kontak daripada kumpulan pelancongan yang sama yang disertai oleh kes dan melakukan saringan kesihatan bagi memeriksa status kesihatan mereka.

“Hasil saringan mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan. Sampel klinikal seterusnya telah diambil dalam kalangan kontak tersebut untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan coronavirus di MKAK Sungai Buloh.

“Kesemua kontak tersebut seterusnya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka,” katanya.

Tags: JohorKKMkoronavirusWarga China
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd