• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Nafi Projek Lebuhraya Pan Borneo Terbengkalai

oleh
06/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) membidas dakwaan bekas perdana menteri, Najib Razak bahawa projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah terbengkalai dan tiada sebarang kemajuan, dengan menegaskan projek itu masih diteruskan walaupun kerajaan menamatkan Rakan Pelaksana Projek (PDP) pada 21 Sept 2019.

KKR dalam kenyataan hari ini berkata sehingga 31 Disember lalu, projek itu mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 22% secara keseluruhan bagi 12 pakej yang sedia komited dan akan siap sepenuhnya secara berfasa selewat-lewatnya pada bulan Jun 2023.

Manakala untuk 3 pakej tambahan baru melibatkan laluan dari persimpangan Beluran ke Telupid bernilai RM1 bilon yang akan mula ditender pada Mac ini, dijangka siap pada akhir 2023.

Menurut kenyataan itu, tempoh pelaksanaan 12 kontrak itu mengalami sedikit kelewatan berbanding tempoh siap asal (Jun 2022) disebabkan isu proses pengambilalihan balik tanah dan halangan di tapak pembinaan, serta isu tempoh transisi atau pertukaran kaedah pelaksanaan projek daripada PDP kepada kontrak konvensional.

“Pada masa kini pelaksanaan projek itu ditukarkan kepada kaedah konvensional kontrak JKR iaitu di bawah seliaan JKR Sabah sebagai Penguasa Projek.

“Melalui kaedah tersebut Kerajaan akan memperoleh penjimatan sebanyak lebih kurang RM1.2 bilion berbanding dengan kaedah asal PDP.

“Hasil penjimatan berkenaan antara lain membolehkan kerajaan meluluskan 3 lagi pakej tambahan berbanding 12 pakej asal yang sedang berjalan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, disamping komitmen meneruskan 15 pakej projek LPB Sabah, kerajaan juga meluluskan projek membina jalan TransBorneo menghubungkan Sabah, Sarawak dan Kalimantan, di mana fasa 1 yang menghubungkan Kalabakan, Sabah dengan Simanggaris, Indonesia akan dilaksanakan pada tahun ini dengan kos RM600 juta.

Projek itu menurut kenyataan tersebut, diumumkan semasa sesi pembentangan Bajet 2020 pada Oktober 2019.

“Sebagaimana projek LPB di Sarawak, kos pelaksanaan projek LPB Sabah di samping projek-projek jalan lain di kedua-dua negeri berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Pusat.

“Ini termasuk projek Lebuhraya TransBorneo dan juga projek Sarawak Sabah Link Road yang diluluskan kerajaan, di mana tiada tol akan dikenakan kepada pengguna.

“Pembinaan jalan-jalan utama tanpa tol di kedua-dua negeri itu merupakan antara iltizam dan tekad kerajaan bagi memastikan pembangunan sosioekonomi yang lebih baik dapat dinikmati oleh rakyat di Sabah dan Sarawak,” kata kenyataan itu.

Najib sebelum ini mendakwa Pakatan Harapan (PH) menyekat usaha Barisan Nasional (BN) untuk menukar landskap ekonomi rakyat Sabah apabila projek LPB yang diluluskan ketika pemerintahan beliau kini terbengkalai.

Najib berkata, projek berkenaan adalah hadiah kerajaan BN kepada rakyat Sabah dengan membina lebuh raya tanpa tol. – FMT

Tags: Lebuhraya Pan BorneoNajib Tun RazakSabah
Share218Tweet136SendShare

Related Posts

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menafikan tohmahan beberapa pihak menuduhnya tidak mengambil berat nasib penduduk di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd