• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Ilham Ramal Warisan Menang Bermotif Politik – Najib

oleh
17/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEAUFORT – Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak yakin dengan hasil kajian Ilham Centre meramalkan Warisan akan memenangi Pilihan Raya Kecil Kimanis esok, menyifatkan ia bermotifkan politik dan tidak ikhlas.

“Ini propaganda mereka. Di PRK Tanjung Piai, IDE (Institut Darul Ehsan) tampil dengan analisis kata Pakatan Harapan akan menang di sana.

“Tetapi, sebaliknya kami menang dengan majoriti besar lebih 15,000 undi, jadi kami tak fikir banyak tentang kajian begini kerana ia dibuat berdasarkan niat politik.

“Ia bukan berdasarkan keikhlasan analisis sebenar,” katanya ketika menghadiri sebuah majlis di pusat daerah mengundi Dindong di Membakut hari ini.

Satu kajian rambang oleh badan pemikir Ilham Centre menunjukkan faktor parti tempatan dan sokongan tokoh berpengaruh akan memberi kelebihan kepada Warisan untuk memenangi PRK Kimanis, walaupun timbul isu kontroversi Pas Sementara Sabah (PSS).

Pada PRK Tanjung Piai, badan pemikir milik kerajaan Selangor, IDE menerusi kajiannya berkata, calon PH, Karmaine Sardini mendahului dengan 53% sokongan, manakala Wee Jeck Seng daripada BN hanya mendapat 44% sokongan.

Bagaimanapun, keputusan rasmi menunjukkan Wee mendapat 25,466 undi – lebih separuh daripada 10,380 undi yang diperolehi Karmaine daripada PPBM.

Sementara itu, Najib terus mengkritik PSS dengan berkata, ia mungkin menyebabkan Projek IC 3.0 yang merujuk projek kontroversi didakwa membabitkan pemberian kerakyatan secara sistematik kepada pendatang asing tanpa izin di Sabah pada 1980-an, dimulakan.

“Jika kami tolak PH dan Warisan, itu bermakna kami juga menolak PSS.” – FMT

Tags: ilham centreNajib Tun RazakPRK Kimanis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Dijangka Kekal Di Ayer Kuning, Sasaran 18,000 Undi Jadi Tanda Tanya – Ilham Centre

BN Dijangka Kekal Di Ayer Kuning, Sasaran 18,000 Undi Jadi Tanda Tanya – Ilham Centre

25/04/2025
0

SHAH ALAM - Firma penyelidikan bebas, Ilham Centre meramalkan Barisan Nasional (BN) tidak berdepan masalah besar untuk mengekalkan kemenangan pada...

Penjawat Awam ‘Terperangkap’ Era Muhyiddin, Sokong PN Dalam PRN Lalu – Ilham Centre

Penjawat Awam ‘Terperangkap’ Era Muhyiddin, Sokong PN Dalam PRN Lalu – Ilham Centre

25/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre, mendapati penjawat awam masih dibelenggu atau terperangkap dalam era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd