• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatan Menteri Pendidikan Milik Parti Bersatu

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) tidak perlu mengadakan mesyuarat bagi memilih Menteri Pendidikan yang baharu kerana penyandangnya, Dr. Maszlee Malik adalah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Penerangan Bersatu, Dr. Radzi Jidin berkata, beliau membuat pengumuman itu susulan tindakan beberapa pihak yang secara terbuka mencadangkan nama calon tertentu bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Menurutnya, terdapat juga pihak yang mencadangkan pelantikan itu dibincangkan pada mesyuarat PH.

“Menurut Perkara 43(2)(6) Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.

“Ini bermakna adalah menjadi prerogatif atau hak budi bicara Perdana Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang pelantikan seorang menteri. Ini juga bermakna, bukanlah menjadi keperluan untuk Perdana Menteri membincangkan pelantikan seorang menteri dalam mana-mana mesyuarat khusus melainkan beliau sendiri berpandangan sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan.

Radzi berkata, penyandang jawatan itu adalah daripada parti Bersatu maka tidak wujud keperluan PH untuk bermesyuarat bagi memilih pengganti.

Oleh demikian, katanya, semua pihak mestilah menghormati prerogatif atau hak budi bicara Perdana Menteri berkaitan perkara tersebut.

“Bersatu berdiri teguh bersama Perdana Menteri dalam apa juga keputusan berhubung pelantikan Menteri Pendidikan baharu demi kemajuan pendidikan negara,” katanya. – Sinar Harian

Tags: BERSATUMenteri Pendidikanpakatan harapan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk enam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan seorang Parti Ikatan Demokratik...

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengimbas bagaimana rakyat Malaysia pernah bersatu menumbangkan Datuk Seri Najib Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd