• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Tawar AS$80 Juta Untuk Kepala Trump

oleh
06/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEHERAN – Iran menawarkan ganjaran besar kepada sesiapa yang berjaya membawa kepala Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump susulan insiden serangan yang mengorbankan komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral Qassem Soleimani pada Jumaat lalu.

Rakaman video memaparkan lautan manusia berarak menghadiri pengebumian Soleimani di bandar Ahvaz semalam dan turut kedengaran suara seorang lelaki dipercayai penganjur membuat tawaran tersebut.

“Bagi pihak 80 juta rakyat Iran dan masing-masing menyalurkan AS$1(RM4) untuk mendapatkan AS$80 juta (RM328 juta).

“Kita akan berikan wang ini kepada sesiapa yang berjaya membawa kepala individu yang mengarahkan pembunuhan ke atas tokoh terkenal revolusi kita.

“Sesiapa yang membawa kepala orang gila berambut kuning ini, kami akan berikan ganjaran tersebut bagi pihak rakyat Iran,” katanya disambut sorakan ramai yang mengutuk AS.

Terdahulu, akhbar tempatan, Labour News Agency memetik kenyataan ahli Parlimen, Abolfazl Abutorabi memberi amaran negara itu akan bertindak balas terhadap kematian komander terbabit di tanah AS.

“Kami boleh serang Rumah Putih. Kami ada kuasa. Insya-ALLAH, kami akan bertindak balas pada masa yang sesuai. Ini adalah satu bentuk pengisytiharan perang,” tegasnya.

Kelmarin, Trump menerusi Twitter dengan angkuh memperlekehkan amaran Teheran untuk menyasarkan beberapa aset milik AS.

“Mereka sudah menyerang kedutaan kita dan merancang serangan di lokasi lain. Iran telah membawa masalah selama beberapa tahun. Ini adalah amaran tegas jika Iran menyerang rakyat atau aset milik AS.

“Kami telah menyasarkan 52 lokasi mereka yang sangat penting. Kami tidak lagi mahu sebarang ancaman!” katanya di laman blog mikro tersebut.

Sehari selepas itu, bilionair hartanah terbabit menyatakan Washington sudah menghabiskan AS$2 trilion (RM8 trilion) untuk kelengkapan ketenteraan.

“Kami adalah yang terbaik dan terbesar di dunia. Jika Iran serang rakyat atau pangkalan AS, kami akan menghantar beberapa peralatan baharu yang ‘cantik’ tanpa ragu-ragu,” ujarnya lagi. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatIranSerangan Dron
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Shafie Beri Wang Kepada Penduduk Sandakan, Bukannya Kimanis

Next Post

Permohonan Batal Notis Kompaun SPRM Didengar 26 Februari

Related Posts

Isu Tarif Naik: China Mulakan Tindakan Undang-undang Terhadap AS

Isu Tarif Naik: China Mulakan Tindakan Undang-undang Terhadap AS

04/03/2025
3

BEIJING - China telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Amerika Syarikat (AS) di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)...

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

02/03/2025
0

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam mengisytiharkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika Syarikat (AS), sebagai langkah untuk membawa...

Next Post

Permohonan Batal Notis Kompaun SPRM Didengar 26 Februari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd