• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Import, Eksport November Dijangka Susut

oleh
03/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah import dan eksport Malaysia dijangka menguncup masing-masing 4.7 peratus dan 4.4 peratus pada November yang menyebabkan berlakunya lebihan dagangan sebanyak RM8.3 bilion bagi tempoh tersebut.

Menurut RAM Rating Services Bhd., penurunan itu lebih perlahan berbanding penurunan masing-masing 8.7 peratus dan 6.7 peratus pada Oktober berikutan kesuraman berterusan akibat kadar perdagangan dan permintaan global yang kurang memberangsangkan.

“Perkembangan membabitkan persetujuan fasa pertama antara Amerika Syarikat-China juga telah meredakan kebimbangan berlanjutan mengenai penyusutan perdagangan global.

“Walaupun Washington mahu pun Beijing masih belum memuktamadkannya secara rasmi, namun kedua-dua belah pihak telah bertindak menangguhkan cukai yang dijadualkan pada 15 Disember selain bertindak mengurangkan cukai sedia ada membabitkan barangan tertentu,” kata RAM dalam satu kenyataan, Khamis.

RAM turut menyifatkan kelonggaran cukai tersebut turut memaparkan hala tuju pengurangan lencongan potensi perdagangan yang dinikmati Malaysia.

Malah, langkah Amerika Syarikat mengurangkan cukai barangan tertentu pada 1 Sept, 2019, juga mungkin menggalakkan peningkatan semula pembelian produk China yang sebelum ini telah dialihkan ke pasaran lain.

“Malaysia merupakan antara penerima manfaat itu bersandarkan daya saingnya dalam pengeluaran kumpulan barangan tertentu,” katanya.

Tags: EkonomiEKSPORTimportram rating
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

23/07/2026
0

JELEBU - "Insya-Allah kita akan memikul amanah ini dan membawa rakyat ke arah satu hala tuju yang boleh menyelesaikan, kalau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd