• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imam Didakwa Tumbuk, Cekik, Pijak Isteri

oleh
07/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang imam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan cara menumbuk muka, mencekik dan memijak badan mangsa pada Mei tahun lepas.

Muhammad Zaki Kamal, 30, yang merupakan bapa kepada dua anak membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Lelaki itu didakwa sengaja mendatangkan cedera terhadap isterinya yang berusia 29 tahun dan tidak bekerja itu, di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Taman Paya Dalam, pada 7.45 malam, 9 Mei 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazman mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan itu dikurangkan atas alasan dia merupakan penjawat awam di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta perlu menanggung anak-anak yang masih kecil.

Majistret Mohamad Izwan membenarkan Muhammad Zaki diikat jamin RM1,500 dengan syarat tambahan, hanya isterinya sahaja dibenarkan menjadi penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Tags: cederakan isteriImam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

09/02/2025
0

IPOH: Empat khatib yang juga imam masjid di negeri ini digantung tugas sementara kerana menyampaikan khutbah Jumaat bukan dikeluarkan Jabatan...

Kedah Tiada Hasrat Dedah Nama Pasangan Nikah Di Thailand

Imam Rebah, Meninggal Dunia Ketika Solat Subuh Di Masjid

23/03/2024
0

SEGAMAT - Imam 1 Masjid Jamek Kampung Sermi di sini, Mohd Razif Hussin, 62, yang rebah sebelum meninggal dunia ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd