• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Lebih Berat Kepada Pemandu Mabuk, Dadah

oleh
30/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kabinet hari ini bersetuju untuk meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 akan dikaji semula bagi memperketatkan undang-undang sedia ada dengan hukuman yang lebih berat.

Anthony berkata, kementeriannya akan memulakan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan agensi berkaitan untuk membolehkan pindaan itu dibawa ke Parlimen seawal Julai.

Mengenai Seksyen 45 berhubung kepekatan alkohol pemandu yang dicadangkan dipinda, katanya undang-undang di Malaysia buat masa ini mengenakan had alkohol pemandu 80 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah berbanding piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah.

“Peruntukan sekarang ini kurang ketat berbanding piawaian antarabangsa, WHO,” katanya pada sidang media pasca Kabinet di kementeriannya di sini hari ini.

Turut akan dipinda ialah Seksyen 41 mengenai pemanduan secara melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian yang kini sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun; dan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000.

Pindaan Seksyen 44 pula mengenai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah yang kini jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun atau tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak melebihi RM20,000.

Mengulas cadangan kerajaan Taiwan untuk mengenakan hukuman mati ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut, Anthony berkata, Malaysia tidak perlu mengikut undang-undang negara lain.

“Kita ada undang-undang sendiri, tidak semestinya perlu ikut undang-undang negara lain.

“Itu yang kita akan bincang berdasarkan piawaian antarabangsa dan hukuman yang lebih berat dan ketat akan dikenakan tapi apakah jenis hukuman itu, perlu kita dapatkan dahulu input daripada pelbagai pihak,” katanya. 

Tags: alkoholdadahkabinetpemandu mabuk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tengku Hassanal Bantu Mangsa Kemalangan Dalam Hujan

Next Post

Angka Korban Coronavirus Meningkat 170 Orang

Related Posts

Pemandu Bot Terbalik Di Pulau Perhentian Positif Dadah, Miliki 5 Rekod Lampau

Pemandu Bot Terbalik Di Pulau Perhentian Positif Dadah, Miliki 5 Rekod Lampau

29/06/2025
0

BESUT - Pemandu yang terlibat dalam insiden bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu didapati mempunyai lima...

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

24/06/2025
0

Kuala Lumpur: Taktik penyeludupan dadah melalui penghantaran kurier dikekang menerusi pembangunan sistem kawalan keselamatan berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI). Ia...

Next Post

Angka Korban Coronavirus Meningkat 170 Orang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd