• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Melonjak

oleh
08/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Harga minyak melonjak susulan serangan peluru berpandu ke atas dua pangkalan yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq pada awal pagi tadi.

Stesen TV Iran melaporkan serangan misil balistik tersebut adalah tindakan balas dendam terhadap pembunuhan komander Pasukan Pengawal Revolusi Iran, Qasem Soleimani pada Jumaat lalu.

Minyak mentah Brent dilaporkan meningkat 2.5 peratus pada AS$69.94 setong pada perdagangan Asia tengah hari tadi susulan kebimbangan konflik yang sedang memuncak antara AS dan Iran akan menjejaskan bekalan minyak dari Asia Barat.

Pada masa sama, harga saham global berada pada paras rendah berikutan konflik tersebut.

Indeks penanda aras Jepun, Nikkei 225 jatuh sebanyak dua peratus manakala Hang Seng di Hong Kong juga turun satu peratus pada perdagangan awal.

Konflik terbaharu di Asia Barat itu dikhuatiri akan menjejaskan penghantaran di laluan bekalan minyak paling sibuk di dunia, Selat Hormuz.

Difahamkan, penghantaran kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak global melalui Selat Hormuz yang menghubungkan Teluk dengan Laut Arab.

Selat Hormuz adalah sangat penting untuk negara pengeksport minyak di rantau Teluk seperti Arab Saudi, Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait yang mana ekonomi mereka bergantung kepada pengeluaran hasil gas dan minyak. – Agensi

Tags: Amerika Syarikatharga minyakIranserangan peluru berpandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd