• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ganjaran RM5,000 Cari Pembunuh Kucing

oleh
24/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada saksi atau individu yang menyalurkan maklumat lengkap berhubung kes kekejaman terhadap seekor kucing, semalam.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, pelaku yang membunuh kucing itu tergamak memotong keempat-empat kaki dan mulut sehingga haiwan berkenaan mati.

“Bangkai kucing malang itu ditemui berhampiran sebuah bengkel yang kita tidak dapat dedahkan lokasinya buat masa ini.

“Animal Malaysia mohon dan merayu saksi kejadian yang tahu hal ini supaya tampil menghubungi persatuan untuk menyalurkan maklumat lengkap,” katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Animal Malaysia.

Menurut Arie, penyaluran maklumat itu diharap membantu pihak berkuasa untuk menangkap pelaku supaya didakwa dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.

“Saksi atau pengadu tidak perlu khuatir kerana kerahsiaan mereka dijamin sepenuhnya dan diharap ada yang tampil memberi kerjasama.

“Maklumat boleh disalurkan kepada persatuan menerusi Whatsapp di talian 011-20901097,” katanya. – myMetro Online

Tags: animal malaysiaganjaranpembunuh kucing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Catat Lebih 20 Juta Pelancong Antarabangsa

Next Post

Tahun Ke-2 Kaum Cina Bimbang, Gelisah Keadaan Ekonomi

Related Posts

514 Penjawat Awam Sudah Terima Ganjaran Lapor Kes Rasuah

514 Penjawat Awam Sudah Terima Ganjaran Lapor Kes Rasuah

18/06/2024
0

SHAH ALAM - Seramai 514 penjawat awam sudah diberi ganjaran berjumlah lebih RM1 juta antara 2012 hingga 2023 kerana melapor...

‘Bantu Polis Kesan Suspek Bunuh Zayn Rayyan Dapat Ganjaran RM20,000’

‘Bantu Polis Kesan Suspek Bunuh Zayn Rayyan Dapat Ganjaran RM20,000’

06/02/2024
0

SHAH ALAM: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran RM20,000 kepada mana-mana pihak yang membantu polis sehingga suspek yang...

Next Post

Tahun Ke-2 Kaum Cina Bimbang, Gelisah Keadaan Ekonomi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd