• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

514 Penjawat Awam Sudah Terima Ganjaran Lapor Kes Rasuah

oleh AK-47
18/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
514 Penjawat Awam Sudah Terima Ganjaran Lapor Kes Rasuah
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seramai 514 penjawat awam sudah diberi ganjaran berjumlah lebih RM1 juta antara 2012 hingga 2023 kerana melapor dan mendedahkan kes rasuah yang membawa kepada sabitan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pemberi maklumat kepada kerajaan bakal diberi ganjaran sama sepertimana tawaran suapan yang diterima kerana membantu dalam membanteras jenayah tersebut.

“Ia ringgit untuk ringgit. Jika anda ditawarkan RM100, kerajaan akan beri RM100.

“Jika anda ditawarkan RM1 juta, kerajaan akan kembalikan RM1 juta kepada anda,” katanya ketika program audio siar ‘Beyond the Headlines’ kendalian New Straits Times (NST) pada Isnin.

Azam turut memaklumkan, menerusi Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 yang diumumkan pada Mei lepas, skim sama boleh diperluaskan kepada masyarakat, namun ia masih di peringkat cadangan.

“Perkara itu masih dalam cadangan, prosedur khas dan optimum bersama agensi peneraju masih belum diputuskan kerana ia di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu diperbaharui dan kami bersetuju, BHEUU kini sedang dalam proses meminda undang-undang,” ujarnya.

Tambah beliau, SPRM merupakan satu-satunya agensi penguatkuasaan yang menggunakan undang-undang berkenaan dan giat mempromosinya kepada orang awam sejak tujuh tahun lalu.

“Sebagai contoh, pengadu perlu ke mahkamah, namun boleh dikatakan kurang daripada lima peratus yang ingin membuat aduan bersedia untuk beri keterangan di mahkamah.

“Bagi pemberi maklumat dan informan, identiti mereka dilindungi dengan baik. Sekarang BHEUU ingin beri ganjaran dan saya fikir ia idea yang baik kerana boleh menggalakkan lebih ramai tampil membuat aduan terutama kepada SPRM,” jelas Azam lagi.

-Sinar Harian

Tags: ganjaranKes RasuahPenjawat AwamSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyertaan Malaysia Dalam BRICS Untuk Suarakan Isu Ke Peringkat Dunia Lebih Efektif

Next Post

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

Related Posts

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pertuduhan terhadap isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung kesalahan gagal...

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

10/07/2025
0

Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pembekal susu tepung yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai memanipulasi harga antara 10 hingga...

Next Post
138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd