• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahami Peranan KSN Penghubung Pentadbiran, Penjawat Awam

oleh
30/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Peranan Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai penghubung antara anggota pentadbiran dan penjawat awam adalah penting supaya keputusan dan dasar kerajaan difahami dan dapat diterima, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata KSN merupakan institusi terpenting dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan yang memainkan peranan menyampaikan dengan kefahaman perkara yang diputuskan jemaah menteri supaya keputusan dan dasar kerajaan difahami dan dapat diterima serta diterjemahkan oleh penjawat awam.

Katanya hubungan itu perlu difahami dan dihayati kerana anggota pentadbiran perlu sedar bahawa sebaik mana dasar yang diperkenalkan, jika tidak dilaksana dengan baik oleh penjawat awam, hasilnya boleh membawa kepada kerosakan dan kemunduran.

“Di pihak penjawat awam pula, perlu ada kesedaran bahawa melaksanakan dasar dan memastikan ia tercapai dengan baik dan jaya adalah satu amanah dan jika tergelincir dari tujuan, objektif tidak tercapai dan yang akan menderita akibatnya ialah rakyat, dan rakyat ini termasuk diri kita sendiri,” katanya semasa berucap pada majlis penghargaan bekas KSN, Tan Sri Dr. Ismail Bakar, di sini hari ini.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; menteri-menteri kabinet; KSN, Datuk Seri Mohd Zuki Ali serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Perdana Menteri berkata program Pemukiman Ahli-ahli Jemaah Menteri telah diadakan baru-baru ini untuk bertukar-tukar pandangan, pendirian serta jangkaan atau harapan bagaimana peranan masing-masing harus dimainkan, sama ada oleh anggota pentadbiran mahupun warga perkhidmatan awam.

“Saya percaya ia akan menjadi titik tolak ke arah kerjasama yang lebih erat dan berkesan di dalam pengurusan negara terutamanya untuk menjayakan dasar-dasar utama termasuk Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, sinergi antara anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam yang diterajui ketua setiausaha, ketua perkhidmatan dan ketua jabatan dapat mengukuhkan perjalanan dan masa hadapan negara.

Mengenai Ismail, Dr. Mahathir berkata beliau dianggap sebagai sebahagian daripada pasukan peralihan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mula memegang tampuk pemerintahan negara sejak 10 Mei 2018.

“Menguruskan perubahan adalah sesuatu yang saya kira sukar dan mencabar. Tanggungjawab ini telah diberi kepada Ismail untuk memimpin 1.6 juta penjawat awam untuk menghayati perubahan tersebut dan seterusnya bersama-sama melaksanakan dasar-dasar yang diperkenalkan,” katanya.

Ismail yang bersara wajib sebagai KSN digantikan oleh Mohd Zuki, 58, berkuat kuasa 1 Januari 2020.

Tags: Ketua Setiausaha NegaraMahathir MohamadPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tengku Hassanal Bantu Mangsa Kemalangan Dalam Hujan

Next Post

Angka Korban Coronavirus Meningkat 170 Orang

Related Posts

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

02/07/2025
0

Alor Setar: Dua individu termasuk seorang penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kedudukan dengan mencadangkan dan bersubahat dengan...

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

02/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI dan penjawat awam yang berusaha keras...

Next Post

Angka Korban Coronavirus Meningkat 170 Orang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd