Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Isu ‘Almarhum’: Akhbar The...

AKHBAR bahasa Inggeris, The Star hari ini membuat permohonan maaf terhadap Yang di-Pertuan...

Kerajaan Audit Jumlah Peruntukan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara telah diminta menjalankan audit sepenuhnya tentang jumlah...

“Kami Tak Arah Afifah...

PENGARAH drama Izinkan Aku Mencintaimu menidakkan dakwaan Afifah Nasir kononnya dia dipergunakan oleh...

Kes Bella: Jangan Keluar...

KUALA LUMPUR : Orang awam diberi amaran supaya tidak mengeluarkan kenyataan dalam media...

Dong Jiao Zong Akui Tulisan Jawi Bukan Bermotif Islamisasi

PUTRAJAYA – Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) bersetuju pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan (SJK) bukan bertujuan untuk mengislamkan mana-mana pelajar bukan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, berkata perkara itu disepakati semasa pertemuan beliau bersama wakil Dong Jiao Zong serta 11 pertubuhan berkaitan pendidikan Cina dan Tamil di pejabatnya di sini pada Rabu.

Selain mengakui pembelajaran Jawi tidak bermotifkan Islamisasi kepada pelajar bukan Islam, katanya, pertubuhan itu juga menerima Jawi sebagai sebahagian daripada warisan budaya negara yang perlu dihormati semua pihak sebagaimana kaligrafi Cina, tulisan Tamil dan etnik lain di negara ini.

“Kami juga bersetuju bahawa tidak timbul isu Dong Jiao Zong menentang pengajaran dan pembelajaran Jawi dan Dong Jiao Zong juga bukan pertubuhan rasis.

“Isu yang dibangkitkan ialah kaedah pelaksanaan pembelajaran yang memerlukan perbincangan secara konstruktif oleh semua pihak,” katanya ketika membacakan kenyataan bersama pada sidang media sejurus pertemuan itu.

Antara yang hadir dalam pertemuan yang berlangsung satu jam setengah itu ialah Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Tan Tai Kim; Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Datuk Ong Chiow Chuen; Penolong Setiausaha Kehormat Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Yong Yew Wei dan Pertubuhan Masyarakat Berasal Dari India Sedunia Malaysia (GOPIO) A Ravendiran Arjunan.

Mujahid berkata, mereka juga sepakat bahawa agenda rasis yang bakal meruntuhkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan bangsa perlu ditentang bersama secara bersama supaya tidak ada budaya kebencian sesama rakyat Malaysia.


Beliau berkata, semua pihak juga bersepakat tentang perlunya bersama-sama meredakan ketegangan dalam isu yang menyinggung sensitiviti mana-mana pihak melalui pendekatan penuh berhikmah dan bijaksana.

Mujahid berkata, perkara itu amat penting untuk dilakukan agar pihak yang selama ini menangguk di air keruh tidak berpeluang mengeksploitasikan keadaan untuk agenda sempit masing-masing.

Sementara itu, Tai Kim berkata, perjumpaan itu ialah titik pertemuan yang amat penting untuk memahami padangan dan pendirian masing-masing berhubung perkara itu serta isu-isu lain yang menjadi kebimbangan masyarakat.

Selain tulisan Jawi, katanya mereka juga bertukar pandangan tentang isu-isu keagamaan dan perkauman yang kerap berlaku kebelakangan ini agar perkara membimbangkan itu dapat ditangani secara bersama.

“Dong Zong bersifat terbuka dan menghormati kepelbagaian dan sedia berdialog dan berinteraksi dengan pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan sebarang salah faham demi keharmonian dan perpaduan negara,” katanya.

Kategori