• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Pendidikan Anak-Anak Harus Konsisten

oleh
31/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) memandang serius pengumuman yang dibuat oleh Pemangku Menteri Pendidikan yang juga Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir, untuk mengembalikan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk anak-anak kita di bangku sekolah. Isunya di sini adalah kekerapan bertukarnya dasar pendidikan negara.

Untuk rekod, dasar PPSMI dimansuhkan oleh Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Presiden Parti PPBM sekarang, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa Presiden PPBM menyatakan hujah-hujah pembatalan PPSMI kepada Pengerusi PPBM yang kini Pemangku Menteri Pendidikan. Harus diingat, pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) gusar akan ketidak-tentuan sistem pendidikan hari ini. Terlalu banyak pusingan-U dan dasar-dasar yang ditukar apabila bertukarnya seseorang Menteri Pendidikan. Seharusnya pendidikan anak-anak tidak dipolitikkan mengikut citarasa seseorang Menteri. Akhirnya yang merana adalah anak-anak dan guru-guru di sekolah.

Apa sudah jadi dengan “blue print” pendidikan negara yang dikaji bertahun-tahun untuk digunakan selama 10 tahun merangkumi tahun 2015-2025? Adalah menjadi satu pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit jika kerajaan membuang begitu sahaja kajian yang telah dibuat selama bertahun-tahun. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) berharap dasar pendidikan negara tidak diubah-ubah lagi setelah diumum Menteri Pendidikan yang baru.

Selamatkan Malaysiaku!

#SelamatkanMalaysiaku

#MuafakatNasional

#PemudaIkatan

#IsuRakyat

#Ubahbalik

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Naib Pengerusi IKATAN Kelantan

Tags: Dewan Pemuda IKATAN MalaysiaPPSMI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPSMI Tak Akan Diperkenalkan Semula

17/07/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan tidak berhasrat untuk memperkenalkan semula Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kata Menteri...

KPM Akan Kaji Pelaksanaan PPSMI Dalam Masa Terdekat

07/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Saranan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd