• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bursa Dijangka Diniagakan Tak Menentu Minggu Depan

oleh
11/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dijangka meneruskan dagangan tidak menentunya dengan kecenderungan diniagakan rendah minggu depan berikutan ketidakpastian berhubung perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China serta ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Seorang penganalisis berkata, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI dijangka kekal berada dalam tekanan sehingga sekurang-kurangnya 15 Januari apabila fasa pertama perjanjian perdagangan antara AS dan China dimeterai.

“Menurut data daripada Jabatan Perdagangan AS, perang perdagangan menunjukkan tarif tambahan dikenakan ke atas barangan China dan Amerika menyebabkan kerugian AS$46 bilion kepada syarikat Amerika, manakala eksport barangan AS yang terlibat dengan tarif dikenakan China jatuh mendadak,” katanya.

Katanya, buat masa ini keyakinan perdagangan masih lemah apabila Presiden AS, Donald Trump mengumumkan fasa kedua rundingan perdagangan hanya akan disambung selepas pilihan raya Presiden AS yang akan diadakan akhir tahun ini.

Menyentuh mengenai geopolitik, beliau berkata, walaupun ketegangan antara Teheran dan Washington mereda setakat ini, namun keadaan masih lagi goyah.

“Rantau itu masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga. Perniagaan yang mempunyai operasi di Timur tengah terutamanya Iraq kekal sebagai ‘berisiko’ buat masa ini,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, penanda aras minyak mentah Brent melonjak sehingga empat peratus, mencecah paras sehingga setinggi AS$70 setong sebelum susut kepada AS$65 setong hari ini.

“Harga minyak meneruskan penurunannya dan berlegar di sekitar AS$55 hingga AS$65 setong,” katanya.

Dari segi teknikal, beliau berkata, sepanjang minggu yang baru berakhir ini, keseluruhan indeks turun meskipun minat yang meningkat terhadap kaunter berkaitan tenaga.

“Minggu depan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan paras sokongan pada 1,580, dan paras ketahanan segera pada 1,600,” katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 19.92 mata kepada 1,591.46 daripada 1,611.38 sebelumnya di tengah-tengah peningkatan ketegangan geopolitik antara Iran dan AS.

Di papan skor, Indeks FBM Emas turun 169.84 mata kepada 11,350.66, Indeks FBMT 100 berkurangan 159.12 mata kepada 11,107.80, FBM 70 jatuh 216.69 mata kepada 14,160.80, Indeks FBM ACE susut 45.42 mata kepada 5,380.65 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 154.04 mata kepada 11,950.26.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 232.90 mata kepada 15,452.84, Indeks Perladangan turun 169.54 mata kepada 7,640.66 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.39 mata kepada 154.57.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 15.82 bilion unit bernilai RM9.14 bilion daripada 11.58 bilion unit bernilai RM7.60 bilion pada minggu sebelumnya manakala Pasaran Utama naik kepada 11.10 bilion saham bernilai RM7.99 bilion berbanding 8.49 bilion saham bernilai RM6.85 bilion.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.35 bilion unit bernilai RM227.40 juta berbanding 933.45 juta unit bernilai RM161.52 juta sebelumnya manakala Pasaran ACE menokok kepada 3.35 bilion saham bernilai RM919.26 juta berbanding 2.09 bilion saham bernilai RM587.24 juta.

Tags: bursa malaysiafbm klciharga minyakminyak mentah brent
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd