• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pegawai Bank Mahu Batal Saman Najib

oleh
29/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu Gin Ping memohon untuk membatalkan saman Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan kecuaian apabila mendedahkan butiran akaun banknya kepada seorang individu tanpa kebenaran.

Peguam bekas perdana menteri itu, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata, Yu mendakwa saman itu salah guna proses dan untuk mengukuhkan pembelaan Najib dalam perbicaraan rasuah berkaitan SRC International yang sedang berjalan.

Farhan berkata permohonan itu difailkan baru-baru ini dan salinan kertas mahkamah diterima semalam.

Yu juga memfailkan satu perakuan segera supaya pengurusan kes didengar hari ini kerana Yu dijadualkan akan memfailkan pembelaannya pada Jumaat.

“Kita akan jawab permohonan pembatalan itu kerana Yu harus menjelaskan tindakannya,” kata Farhan kepada pemberita selepas pengurusan kes di depan Hakim Ahmad Kamil Md Shahid.

Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 4 Februari di depan Hakim Khadijah Idrus, yang dijadualkan akan mendengar saman itu.

Yu seorang saksi pihak pendakwaan tetapi pihak pembelaan berpendirian dia bekerja dengan ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho dalam memanipulasi akaun Najib.

Najib dalam saman yang difailkan pada Disember mendakwa Yu dan bank memungkiri tanggungjawab mereka bawah undang-undang perbankan, seperti Akta Perkhidmatan Kewangan dan Akta Institusi Perbankan dan Kewangan, dalam melindungi privasinya.

Selain Yu, beliau menamakan AmIslamic Bank dan AmBank Group dalam tindakan undang-undangnya.

Najib mendakwa Yu menyampaikan butiran 4 daripada 5 akaun banknya kepada Low, yang katanya bukan orang yang diberi kebenaran untuk menguruskan akaunnya.

Beliau mendakwa Yu bertindak atas nasihat Low seperti menggunakan nama alternatif bagi semua akaunnya yang berakhir dengan nombor 694, 880, 898, dan 906, mendapatkan nasihat tentang meluluskan cek bawah 4 akaun itu, serta mengambil langkah secara aktif untuk menyembunyikan penyata akaun bank daripadanya.

Najib juga berkata semasa perbicaraan SRC itu, adalah didedahkan bahawa Yu dan Low berhubung menerusi BlackBerry Messenger, atau BBM, mengenai hal ehwal akaunnya.

“Oleh kerana kecuaian bank dan Yu dalam melindungi privasi akaun, individu yang tidak dibenarkan itu memanipulasi akaun plantif tanpa pengetahuannya.

“Ini menyebabkan serangan politik terhadap pemegang akaun itu dan seterusnya pemegang akaun itu didakwa bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kanun Keseksaan, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram, atau Amla, dalam kes SRC,” kata Najib, merujuk kepada perbicaraan yang sedang berjalan.

Najib menuntut ganti rugi teruk dan khas daripada Yu dan bank. – FMT

Tags: AMBANKJoanna Yu Gin PingNajib Tun RazaksamanSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd