• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Tanggung Sakit 30 Minit Tangan Tersepit Eskalator

oleh
06/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang bayi lelaki terpaksa menanggung kesakitan lebih 30 minit selepas pergelangan tangan kirinya tersepit pada eskalator di sebuah pasar raya, di sini petang semalam.

Ketika kejadian jam 6.35 petang berkenaan, mangsa berusia setahun empat bulan itu berada bersama seorang lelaki dipercayai bapanya, manakala ibunya pula difahamkan berada dalam sebuah kedai berdekatan untuk membeli bingkai kaca mata.

Seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Huda, berkata dia yang berada berdekatan terkejut melihat bayi itu menangis.

“Saya terus mendekati bayi berkenaan dan melihat pergelangan tangannya tersepit. Mujur ada orang awam cepat menutup suis tangga bergerak berkenaan.

“Lebih 30 minit bayi itu menanggung kesakitan sebelum tangan kirinya berjaya dikeluarkan oleh pihak penyelenggaraan pasar raya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, pihak penyelenggaraan pasar raya berkenaan memaklumkan, bayi itu tidak mengalami kecederaan serius tetapi tetap dibawa ke Hospital Pakar Perdana (KPJ Perdana) dan menerima rawatan pesakit luar.

Video kejadian itu tular di laman sosial sejak semalam menyaksikan bayi lelaki itu menangis kesakitan kerana tangan kirinya tersepit bahagian bawah pemegang tangga bergerak.

Seorang lelaki dipercayai bapanya pula dilihat memeluk bayi itu bagi menenangkan mangsa sambil dikerumuni orang ramai. – BH Online

Tags: bayipasar rayatersepit eskalator
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd