Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tun Mahathir Manipulasi Pertemuan...

ISU Zahid dipanggil oleh Tun Mahathir datang ke pejabat beliau jadi sensasi dan...

UMNO, BN Kenal Pasti...

KOTA BHARU: Penelitian calon untuk Barisan Nasional (BN) berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN)...

PN Mahu Jaminan Jadi...

Perikatan Nasional (PN) mendakwa parti-parti politik yang sanggup 'bergabung' mungkin menang Pilihan Raya...

Tangan Tersangkut Dalam Jamban...

NASIB malang bagi seorang lelaki berusia 42 tahun apabila tangan kanannya tersangkut di dalam...

Ayie Floor 88 Rebah Bukan Gimik

KUALA LUMPUR – Kumpulan Floor 88 menafikan insiden vokalisnya, Ayie, rebah ketika mengadakan persembahan di Seri Menanti, Kuala Pilah, malam tadi, sebagai gimik, seperti didakwa netizen.

Pemain gitar kumpulan itu, Eric Fuzi berkata, soal nyawa dan kesihatan tidak sepatutnya menjadi permainan, apatah lagi mereka tampil pada acara itu atas amanah menghiburkan penonton.

“Sebenarnya, Ayie kurang sihat sejak beberapa minggu lalu. Dia tidak cukup rehat dan dinasihatkan doktor bercuti panjang selepas peti suaranya bermasalah.

“Kami sudah sepakat untuk bercuti selepas mengadakan persembahan pada anugerah hiburan, Sabtu ini dan keesokannya ada acara lain.

“Namun, selepas apa yang berlaku malam tadi, kami perlu berbincang semula dengan pihak penerbit dan penganjur acara berkenaan,” katanya kepada BH Online.

Malam tadi, kecoh apabila Floor 88 memuat naik video di Instagram yang memaparkan Ayie rebah ketika mengadakan persembahan di padang awam di Seri Menanti.

Kejadian berlaku sebaik kumpulan itu selesai mendendangkan sebuah lagu di Konsert Gempak Negeri.fm sempena Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.


Artis lain yang turut memeriahkan konsert itu adalah Sissy Imann, Ara Johari, Waty, Nen Tebabo dan Syafiq Azrul Zafri.

Selain Ayie dan Eric, kumpulan yang popular dengan lagu Zalikha itu dibarisi Achoi, Faliq, Akram dan Amir.

Eric berkata, Ayie bagaimanapun tidak ditahan di wad selepas keadaannya beransur baik. Sehubungan itu, mereka akan membawanya pulang ke ibu negara, petang ini.

Eric menambah, Ayie tampak kurang bermaya sebelum sesi latihan disebabkan sakit kepala ditambah cuaca panas.

Namun, katanya, sebelum kejadian, Ayie menjamah tiga ulas durian yang mungkin menjadi antara punca dirinya tidak sihat. – BH Online

Kategori