• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Didakwa Mahu Bunuh Komander Iran Di Yemen

oleh
12/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) didakwa menyasarkan seorang komander Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berpangkalan di Yemen pada hari sama pembunuhan Leftenan Jeneral Qasem Soleimani oleh dron AS di Iraq.

Laporan The Washington Post memetik kenyataan empat pegawai AS yang tidak dinamakan menyebut, serangan di Sanaa itu menyasarkan Abdul Reza Shahlai yang bertindak sebagai pembiaya utama operasi IRGC di Yemen.

Shahlai terselamat daripada serangan itu namun seorang pegawai rendah IRGC yang bersekutu dengan pemberontak Houthi dikenali sebagai Mohammad Mirzai terkorban.

AS mengenakan sekatan ke atas Shahlai pada 2008 selepas menuduh beliau mengetuai penentangan tentera AS di Iraq, selain merancang plot pembunuhan bekas duta Arab Saudi ke AS, Adel al-Jubeir di sebuah restoran di Washington.

Jabatan Negara AS pada Disember lalu menawarkan ganjaran AS$15 juta (RM61 juta) bagi maklumat sehingga tertangkapnya Shahlai.

Pada 3 Januari lalu, Presiden Donald Trump mengarahkan pembunuhan Soleimani di Baghdad atas alasan menghentikan rancangan jahat komander kanan IRGC itu terhadap kepentingan AS di Asia Barat. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatIranYemen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd