Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

Penjual Besi Didakwa Bunuh...

KUALA LUMPUR - Seorang penjual besi terpakai dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini...

‘Kembar’ Neelofa Pemenang Ratu...

POPULARITI pelakon Neelofa Mohd Noor kini semakin memuncak sementelah drama lakonannya, Suri Hati...

Zaman Sopan Santun Berlalu,...

KUALA LUMPUR - "Zaman sopan santun serasanya telah lama berlalu. Untuk mengalahkan politik...

Amalan Kunjung-Mengunjung Erat Perpaduan,...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata amalan saling...

Artifak 17,000 Tahun: Bukti Kewujudan Hoabinhian

SHAH ALAM – Penemuan artifak tinggalan prasejarah di kawasan Gunung Pulai, Baling, Kedah menunjukkan bukti kewujudan kelompok manusia kebudayaan Hoabinhian antara 3,000 tahun hingga 17,000 tahun.

Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Zuliskandar Ramli berkata, penemuan tinggalan itu yang dikenali juga sebagai lapisan kebudayaan sangat penting selepas lapisan kebudayaan terdahulu yang dikesan di tapak sama musnah akibat aktiviti manusia.

“Pentarikhan mutlak daripada sampel siput pada lapisan dinding kebudayaan terakhir menunjukkan masyarakat terawal mendiami kawasan sekitar Gunung Pulai dan Bukit Baling, yang wujud bersebelahan antara satu sama lain, kira-kira 16,000 hingga 17,000 tahun yang lalu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata, dalam kajian yang pernah dibuat pada tahun 2018, pihaknya telah menemui sisa makanan daripada spesies siput sungai, tulang haiwan dipercayai tulang babi hutan, monyet, rusa dan burung.

“Turut ditemui pada dinding lapisan kebudayaan setebal lebih tiga meter itu ialah alat litik, termasuk kapak genggam Haobinhian, alat batu pengetuk, alat batu giling dan batu landas.

“Pemeriksaan permukaan juga menemukan tulang dipercayai tulang manusia dan kami percaya gua ini juga digunakan sebagai salah satu tapak pengebumian masyarakat prasejarah di kawasan Baling,” katanya.


Di Malaysia, ahli sejarawan telah membahagikan zaman prasejarah kepada empat zaman sahaja iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Hoabinhian, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.

Penyelidikan dahulu mengatakan wujud kebudayaan Hoabinhian yang bercirikan kepada alat batu Hoabinhian seperti yang terdapat di Vietnam.

Bagaimanapun, terdapat penyelidikan oleh Universiti Sains Malaysia telah membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik.

Keadaan itu disebabkan alat batu seperti alat batu Hoabinhian telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik. Bagaimanapun, pentarikhan di Bukit Jawa menggunakan kaedah pentarikhan relatif. – Sinar Harian

Kategori